Rabu, 14 Januari 2009

Kitab Rahsia Haji

Allah s.w.t. telah menjadikan Rumah Allah yang mulia (Ka’bah) itu tempat perkunjungan orang ramai dan tempat aman kesentosaan, dan Allah telah meletakkannya di tempat yang paling tinggi, dengan dinisbahkannya kepada diriNya sebagai tanda kemuliaan, kehormatan dan keutamaan. Kemudian Allah telah menjadikan berziarah kepadanya serta bertawaf di sekelilingnya sebagai pelindung antara hamba dengan penyiksaanNya.
Haji itu pula merupakan salah satu dari Rukun-rukun Islam dan sendi-sendinya yang terkuat, diwajibkan sekali seumur hidup. Dengan menyempurnakan ibadat Haji itu akan tersempurna pulalah Islam seseorang itu dan lengkaplah agamanya.
Kini sewajarnyalah ditumpukan perhatian sepenuhnya kepada keterangan-keterangn lanjut mengenai Haji, dan juga mengenai rukun-rukunnya, adab tertibnya, keutamaan dan rahsia-rahsianya.

Keutamaan Haji dan Ka’bah, Makkah dan Madinah
Mengenai keberangkatan kerana melawat masjid-masjid utama, Allah telah berfirman:
“Permaklumkanlah kepada sekalian manusia untuk melakukan ibadat Haji niscaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan mengenderai (unta dan lain-lain) mereka itu akan datang dari segala ceruk penjuru yang jauh.” (al-Haj: 27)

Berkata Qatadah: Apabila Allah s.w.t. memerintahkan Ibrahim a.s. untuk mengisytiharkan kepada manusia sekalian dengan amalan Haji beliau menyeru: Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mendirikan rumahNya, maka hendaklah kamu mengunjunginya.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang naik haji sedangkan ia tiada berkata kotor atau berbuat jahat, dia keluar dari dosa-dosanya suci seperti keluarnya bayi di hari dilahirkan oleh ibunya.”

• Ada suatu riwayat yang mengatakan: Bahawasanya Ka’bah itu nanti di Hari Kiamat akan diarak seperti seorang pengantin perempuan di hari Langsung dan setiap orang yang telah berhaji kepadanya akan kelihatan bergayutan di tabir-tabirnya, sambil berjalan bersama-samanya sehingga masuk ke dalam syurga.
• Al-Hasan al-Basri r.a berkata: Bersedekahlah satu dirham di Kabah itu dibalas dengan seratus ribu, begitu pula setiap kebajikan yang dilakukan di situ digandakan Allah pahalanya. Dengan seratus ribu kali. Ada yang menambah pula, bahawa melakukan kejahatan juga dilipat-gandakan dosanya, sebagaimana dilipat-gandakan pahalanya.

Apabila Rasulullah s.a.w kembali semula ke Makkah, baginda lalu mengadap kepada Ka’bah seraya berkata: Sesungguhnya engkau ini sebaik-baik bumi Allah azzawajalla dan negeri Allah yang paling aku cintai. Kalaulah tidak kerana aku telah dihalau daripadamu, tentulah aku tidak akan keluar meninggalkanmu.

Sesudah Makkah, tidak ada bumi yang lain yang lebih diutamakan seperti negeri Madinah yang terkenal dengan nama Madinah Rasulullah s.a.w. Segala amal ibadat di dalamnya juga dilipat-gandakan pahalanya.

Bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Satu kali sembahyang di dalam masjidku ini adalah lebih utama daripada seribu kali sembahyang di tempat lain, kecuali Masjidil-Haram”.

Dan sesudah Madinah Rasulullah s.a.w pula, ialah bumi Baitul Maqdis kerana bersembahyang di dalamnya mendapat pahala sebanyak lima ratus sembahyang kecuali Masjidil Haram.
Sesudah ketiga-tiga bumi yang suci maka tempat-tempat yang lain semuanya sama dari segi darjatnya kecuali di lubang-lubang gunung kerana menghuni di dalamnya untuk tujuan beribadat, maka ia juga merupakan suatu keutamaan yang besar.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tiada dipersiapkan pelayaran melainkan kepada tiga masjid; iaitu Masjidil Haram, masjidku ini (Masjid Madinah) dan Masjidil Aqsa.”

Kecuali ketiga-tiga masjid yang di atas tadi, masjid-masjid yang lain, semuanya sama dari segi darjatnya. Setiap negeri tentulah ada masjidnya sendiri, maka tiada ertilah belayar untuk menuju ke masjid lain.

Berikut, kita perturunkan syarat-syarat kewajiban Haji, iaitu rukun-rukunya dan wajib-wajibnya serta larangan-larangannya.

Syarat-Syarat haji
Syarat sahnya haji ialah dua perkara: Waktu dan Islam. Haji seorang anak kecil dihukumkan sah. Dia boleh meniatkan ihramnya sendiri bila dia anak yang mumaiyiz (dapat membedakan), tetapi kalau belum mumaiyiz maka niat ihram hajinya diniatkan oleh walinya. Dan hendaklah wali itu menyuruh anak kecil itu melakukan sebagaimana yang ia lakukan untuk pekerjaan-pekerjaan haji, seperti tawaf, sa’i dan sebagainya.

Adapun waktunya pula ialah: Syawwal dan Zulka’idah dan seterusnya sembilan hari dari Zulhijjah, sehingga terbitnya fajar pada Hari Raya Korban (Hari Raya Haji). Barangsiapa yang berihram dengan haji pada masa-masa selain dari segi yang tersebut itu, maka amalannya dikira umrah. Umrah pula boleh dilakukan pada semua masa sepanjang tahun.

Adapun syarat-syarat penunaiannya sebagi Haji Islam ialah:
• Baligh,
• Aqil dan
• waktu.

Wajib-wajib Haji
Adapun syarat kewajibannya ialah: Berkuasa dan yang demikian itu ada dua cara:
Pertama:
Melakukan amalan haji itu sendiri. Dalam hal yang demikian ada beberapa sebab, sama ada:
• Yang berhubungan dengan dirinya, maka hendaklah ia sihat.
• Yang berhubungan dengan jalan, maka hendaklah ianya aman di sepanjang jalan. Kalau dengan laut tidak ada pula yang boleh membahayakan dan tidak bimbang ada musuh di tengah jalan.
• Yang berhubungan dengan kewangan maka hendaklah ia mempunyai perbelanjaan pergi-balik, sehingga sampai dengan selamat ke negerinya semula. Dan hendaklah juga ia mempunyai perbelanjaan untuk segala para tanggungannya dalam masa pemergiannya untuk menunaikan haji itu. Kalau berhutang, hendaklah ia menjelaskan hutangnya terlebih dulu. Kalau jauh hendaklah ia mempunyai kenderaan kesan atau mempunyai wang untuk menyewanya.

Kedua:
• Berkuasanya seorang yang lumpuh dengan menggunakan wangnya, iaitu hendaklah ia mengupah seorang lain untuk menunaikan hajinya, tetapi orang itu mestilah sudah menunaikan haji untuk dirinya sebelum itu.
• Walau bagaimanapun bagi orang yang berkuasa setelah cukup syarat-syarat haji baginya, hendaklah ia segera menunaikan hajinya. Kalau mahu menangguhkan pula tidak salah, tetapi haruslah ia ingat bahawa ia sentiasa dalam bahaya. Bila ia berkelapangan sedangkan ia pada akhir umurnya (sudah terlalu tua), maka kewajiban menunaikan haji itu tidak gugur daripadanya. Bila ia mati sebelum berhaji maka ia bertemu dengan Allah azzawajallah dalam keadaan ashi atau menderhaka, disebabkan ia belum menunaikan haji. Jika ia dari golongan yang berada, hendaklah dikeluarkan dari harta peninggalannya perbelanjaan untuk menghajikannya, sekalipun ia tiada mewasiatkan kerana hukumnya sama seperti hutang. Orang yang mampu dan cukup semua syarat bila mati sebelum mengerjakan haji maka perkaranya amatlah berat sekali di sisi Allah s.w.t.

• Berkata Umar Ibnul-Khattab r.a.: Aku hampir-hampiir menuliskan suatu perintah ke seluruh negara untuk mewajibkan semacam cukai ke atas orang yang belum berhaji, padahal ia berkuasa untuk pergi ke sana.
• Sementara Said bin Jubair, Ibrahim an-Nakha’I, Mujahid dan Thawus sepakat berkata: Kalau aku mengetahui seseorang kaya yang belum berhaji meninggal dunia, padahal haji itu telah wajib ke atasnya, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan mayatnya. Ada pula setengah ulama, bila seorang jirannya yang belum berhaji mati, padahal ia seorang yang kaya, maka mereka tidak akan menyembahyangkan mayatnya.

Rukun-rukun haji
Adapun rukun-rukun haji yang mana tidak sah tanpanya ialah lima perkara:
• Berihram dengan haji
• Tawaf
• Sa’I sesudah tawaf
• Wuquf di Arafah
• Bercukur menurut setengah kaul.

Rukun-rukun umrah pula sama dengan rukun-rukun haji hanya umrah tdak ada wuquf di Arafah.

Dan cara-cara mengerjakan haji dan umrah ada tiga perkara:
• Haji Ifrad, iaitu dengan mengerjakan haji bersendirian terlebih dahulu, Apabila selesai keluarlah semua ke kawasan tanah halal, maka berihramlah dengan umrah pula.
• Haji Qiran, iaitu dengan mengerjakan sekaligus pekerjaan haji dan umrah. Syaratnya hendaklah meniatkan kedua-duanya sekaligus yakni dengan haji dan umrah dan menjadilah ia orang yang muhrim dengan keduanya, kemudian dia mengerjakan semua pekerjaan haji, dengan sendirinya pekerjaan umrahnya termasuk ke dalam pekerjaan haji tadi. Orang yang berhaji Qiran ini dikenakan ke atasnya Dam, iaitu dengan menyembelih seekor kambing, kecuali jika ia dari penduduk Makkah.
• Haji Tamattu’, iaitu bila meniatkan umrah melampaui batasn Miqat. Sesudah selesai umrah, bertahallullah ia di Makkah, lalu halallah baginya semua larangan-larangan ihram, sehingga tiba waktu haji, barulah meniatkan ihram dengan haji pula. Orang yang mengerjakan seperti ini dikenakan ke atasnya Dam seekor kambing jika tiada mendapati kambing, maka hendaklah ia berpusa 3 hari waktu haji sebelum Hari Raya haji, sama ada bersambungan mahupun berceraian, kemudian bila pulang ke negerinya, ia berpuasa sebanyak 7 hari lagi untuk mencukupkan 10 hari kesemuanya.
Larangan-larangan Haji
Adapun larangan haji dan umrah semuanya enam perkata:
• Memakai pakaian qamis, seluar, sepatu dan sarban. Pakaian yang haru dipakai waktu berihram ialah selembar kain untuk sarung dan selembar selendang dan sepasang sandal. Boleh memakai tali pinggang dan berteduh di bawah khemah, tetapi tak boleh menutup kepala. Kaum wanita boleh memakai pakaian yang berjahit, tetapi tidak boleh menutup wajah dengan sesuatu yang boleh menekapnya kerana ihramnya ialah pada wajahnya.
• Memakai wangi-wangian. Jadi hendaklah ia menjauhi segala yang dikatakan oleh ahli akal sebagai wangi-wangian. Kiranya dia melanggar larangan ini dan ia memakai wangi-wangian maka dia dikenakan bayaran Dam.
• Mencukur rambut atau memotong kuku, kerana melakukannya akan dikenakan Dam seekor kambing. Boleh memakai celak, mandi di permandian, bersuntil, berbekam dan menyikat rambut.
• Bersetubuh kerana yang demikian itu akan merosakkan haji pelakunya jika dilakukan sebelum tahallul awal. Kerana itu dia dikenakan Dam seekor unta atau lembu ataupun tujuh ekor kambing. Jika dilakukan sesudah tahallul awal dikenakan dam seperti di atas juga, hanya hajinya saja yang tidak rosak.
• Hal-hal yang berhubungan dengan permulaan persetubuhan, seperti bercium-ciuman atau bersentuh-sentuhan, sedangkan ia masih dalam ihram makan dendanya seekor kambing. Dalam keadaan serupa ini diharamkan juga bernikah dan menikahkan, jika dilakukan juga, maka tiadalah dikira sah dan tiada pula dihukunkan kena Dam.
• Membunuh buruan darat, yakni dari binatang yang boleh dimakan dagingnya. Jika dia membunuh seekor buruan, maka wajiblah ke atasnya Dam seekor binatang (kambing, lembu atau unta) yang besarnya lebih kurang sama dengan besarnya binatang yang dibunuhnya. Binatang laut tiada dilarang menangkapnya dan oleh itu tiadalah dikenakan Dam.

Peraturan kerja-kerja haji dari mula belayar hingga kembali.

Kerja-kerja lahiriah haji menurut peraturannya ada sepuluh bahagian:

BAHAGIAN PERTAMA: DALAM PERJALANAN

Dalam perjalanan untuk menunaikan haji, iaitu sejak keluar dari tumah hingga meniatkan ihram dengan haji ada beberapa perkara:

Mengenai kewangan:
• Pertama, hendaklah ia memulakan dengan bertaubat dan mengembalikan segala hak orang yang diambilnya secara penganiayaan dan membayar segala hutang piutang.
• Kemudian menyediakan pula nafkah atau perbelanjaan bagi sekalian orang yang wajib ditanggungnya sekiranya-kiran cukup, hingga waktu kembalinya dari perkerjaan ibadat haji. Dan hendaklah ia mengembalikan semua amanat-amanat orang yang disimpannya.
• Disunnatkan pula wang yang digunakan untuk perbelanjaan haji itu dari harta yang halal dan bersih dari segala syubhat.
• Hendaklah wang perbelanjaan itu mencukupi pergi balik, tanpa menyekat diri, sekira-kira dapat dibelanjakan secara leluasa dalam makan-minum, dan ada lebih pula untuk diberikan kepada orang-orang yang lemah dan fakir.
• Hendaklah ia bersedekah sekadarnya sebelum berangkat untuk ke haji. Kiranya dia menyewa kenderaan, maka sedekah itu sebaik-baiknya diberikan kepada orang yang menyewakan kenderaan itu sama ada sedikit mahupun banyak, agar ia mendapat keredhaan orang itu dalam perjalanannya nanti.
• Mengenai teman: Sebaik-baiknya ia mendapatkan seorang teman yang saleh, yang suka membuat kebajikan dan bersedia pula untuk menolongnya dalam membuat kebajikan jika ia terlupa. Apabila ia membuat kebajikan, teman itu akan membantunya. Apabila ia merasa takut akan ditanamkan padanya semangat keberanian. Apabial ia merasa lemah, akan digalakkannya supaya menjadi kuat. Begitu pula jika dadanya sempit akan dinasihatinya supaya bersabar.
• Sebelum berangkat hendaklah ia mengucapkan selamat tinggal kepada sekalian teman-temannya yang mengucapkan selamat jalan kepadanya. Begitu pula kepada saudara-maranya dan jiran tetangganya. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada mereka seraya memohon doa daripada mereka. Dalam mengucapkan selamat tinggal itu sunnat disebutkan begini: Aku mendoakan agar Allah melindungi agama, amanat dan segala pengakhiran amalanmu. Nabi s.a.w. mengucapkan kepada orang yang belayar dengan katanya: Mudah-mudahan anda sentiasa berada di dalam lindungan Allah dan pemeliharaanNya. Mudah-mudaham Allah akan menambahkan taqwamu, mengampunkan dosamu dan mengarahkan anda ke arah kebajikan di mana-mana anda berada.
• Sebelum keluar dari rumah, hendaklah terlebih dahulu dia bersembahyang dua rakaat. Sesudah itu mengangkat kedua belah tangannya, seraya berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas, dengan melafazkan:

“Ya Allah! Ya Tuhanku! Engkaulah sebagai pengiring di dalam perjalanan dan sebagai pengganti di dalam menjaga keluarga, harta benda, anak-pinak dan sekalian rakan-teman, Peliharalah aku serta mereka sekalian dari segala bencana dan mara bahaya, Ya Allah! Ya Tuhanku! Sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu daripada jerih-jerih pelayaran, pertukaran nasib yang menyedihkan serta pemandangan yang menjelekkan terhadap keluaraga, harta benda dan anak pinak.”

• Ketika berdiri di pintu rumah, hendaklah dia berdoa pula: “Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Ya Tuhanku! Aku bermohon perlindungan daripada menjadi sesat atau disesatkan daripada menjadi hina atau dihinakan, daripada menjadi penganiaya atau dianiayakan dan daripada menjadi bodoh atau dibodohkan. Ya Allah! Ya Tuhanku! Sungguh aku ini berangkat bukan kerana kesombongan atau kecongkakan atau ria’ atau membanggakan diri, bahkan aku ini berangkat kerana menjauhkan diri dari kemurkaanMua untuk menuntut keredhaanMu dan menunaikan kewajibanMu serta menurut jejak langkah NabiMu!”
• Ketika dalam kenderaan dia berdoa pula: “Maha suci Allah telah menundukkan segala bagi kami, dan kami tiada mampu mengendalikannya untuk tunduk. Dan sesungguhnya kamu akan kembali juga kepada Tuhan kami.”

BAHAGIAN KEDUA: TERTIB IHRAM DARI MIQAT HINGGA MASUK KE MAKKAH

• Bermandi dengan meniatkan sunnat mandi kerana ihram yakni sebaik-baik saja sesudah ia sampai ke Miqat di mana orang haji meniatkan ihramnya. Hendaklah ia menyempurnakan mandinya dengan membersihkan semua anggota badan dari kotoran, menyisir janggut dan rambut, memotong kuku, memendekkan misai, pendekkata hendaklah ia mencukupkan segala macam kebersihan yang pernah kami sebutkan di dalam bab pembersihan dulu.
• Hendaklah ia meninggalkan pakaian yang terjahit dan hanya memakai dua lembar kain ihram yang putih selembar untuk dijadikan kain sarung dan selembar lagi untuk dijadikan selendang menutupi bahagian atas tubuhnya. Hendaklah ia memakai wangi-wangian pada baju dan badannya (sebelum meniatkan ihram --- pent.)
• Hendaklah ia bersabar sebentar sesudah memakai pakaian ihram tadi, sehingga kenderaannnya disiapkan dengan sempurna, jika ia kenderaan; ataupun menunggu sebentar kalau ia berjalan kaki. Dalam masa menunggu itum bolehlah ia meniatkan berihram dengan haji atau umrah, sama ada ifrad atau qiran, menurut apa yang digemarinya. Kemudian dia berdoa:
Bertalbiah
“Aku menyahutMu, wahai Tuhanku! Aku menyahutMU! Tiada sekutu bagiMu, aku menyahutMu!
Sesungguhnya kepujian dan kenikmatan itu bagiMu, juga kerajaan tiada sekutu bagiMu aku menyahutMu!

Dengan haji yang benar-benar penuh dengan peribadatan dan perhambaan.
Bersolawat
Ya Allah! Ya Tuhanku Berikanlah kerahmatanMu ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad.

Sunnat diulang-ulang talbiah (doa di atas) selagi ia masih dalam pakaian ihram, terutama sekali ketika bertemu dengan sahabat-handai atau hadir dalam majlis orang ramai, ketika mendaki sesutau tempat atau turun daripadanya, ketika naik-turun kenderaan dengan mengangkat suaranya sekira-kira tidak kesat kerongkongannya, sebab Tuhan yang diseru itu bukanlah bersifat pekak atau tidak ada.

Rasulullah s.a.w. apabila terpesona dengan sesuatu perkara baginda akan berkata:

“Sesungguhnya hidupan yang sebenar itu ialah kehidupan di Akhirat.”

BAHAGIAN KETIGA: TERTIB MASUK KOTA MAKKAH HINGGA MELAKUKAN TAWAF:

Disunatkan bermandi di tempat yang bernama Dzi Thuwan kerana memasuki Kota Makkah. Apabila terlihat saja olehnya baitullah (Ka’bah) hendaklah ia berdoa:

“Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Ya Allah! Ya Tuhanku! Engkau adalah Maha sejahtera, daripadaMu datangnya kesejahteraan dan rumahMu adalah

Rumah Kesejahteraan Maha Berkat Engkau, wahai Zat yang Maha Memiliku Keanggungan dan Kemuliaan. Ya Allah! Ya Tuhanku! Sesungguhnya ini adalah rumahMu, Engkau telah membesarkanya, memuliakannya dan meninggikan darjatnya. Ya Allah! Ya Tuhanku! Maka tambahkanlah baginya kebesaran dan kemuliaan dan tambahkanlah baginya kebesaran dan kemuliaan dan tambahkanlah baginya kehebatan dan tambahkanlah bagi sesiapa yang berhaji kepadanya kebaikan dan kemuliaan. Ya Allah! Ya Tuhanku! Bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu, masukkanlah aku kedalam syurgaMu dan jauhkanlah aku dari bencana syaitan yang terkutuk.”

Sesudah membaca doa itu, teruslah ia pergi untuk melakukan tawaf. Tawaf ini dinamakan Tawaful-Qudum. (Jika hajinya ifrad atau qiran – pent.). Jika ia dapati orang ramai sedang mengerjaka sembahyang fardhu maka hendaklah ia bersembahyang dengan mereka dulu kemudian braulah ia bertawaf.

BAHAGIAN KEEMPAT: MELAKUKAN TAWAF:

Apabila mahu memulakan tawaf, sama ada Tawaful-Qudum ataupun tawaf selainnya, maka hendaklah ia memperhatikan enam perkara yang berikut:

• Hendaklah ia memerhatikan syarat-syarat sembahyang, seperti membersihkan diri dari hadas dan najis pada pakaian, badan, tempat tawaf dan mesti seperti sembahyang, hanya bedanya Allah s.w.t. telah mengharuskan bercakap-cakap ketika di dalam tawaf itu.
• Apakala mahu bertawaf, hendaklah ia meletakkan pertengahan selendangnya di bawah ketiak kanan dan kedua-dua hujung selendang itu ditemukan di atas bahu kiri, satu hujung dilepaskan berjuntai ke dada.
• Dalam bertawaf dia tiada payah lagi membaca talbiah bahkan hendaklah ia membaca doa-doa yang khas untuk dibaca tawaf.
• Sesudah menyelempangkan selendangnya menurut cara di atas tadi, maka ia menuju kearah Baitullah lalu berdiri di penjuru Hajarul-Aswad, mengiringkan dirinya ke arah Baitullah tetapi hendaklah ia ke belakang sedikit supaya ke arah Hajarul Aswad itu benar-benar di hadapannya sehingga apabila ia memulakan tawaf nanti ia yakin akan melalui di hadapan Hajarul Aswad itu dengan seluruh badannya.
• Begitu juga hendaklah di antara dirinya dengan Baitullah itu kadar jarak tiga langkah, supaya berada dekat dengan Baitullah kerana yang demikian itu adalah lebih utama.

Sebelum ia memulakan tawaf dan beredar dari arah Hajarul Aswad mengelilingi Baitullah hendaklah ia membaca:
“Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar. Ya Tuhanku! Penuh keimanan denganMu, mempercayai kitabMu, memenuhi janjiMu dan menurut perjalanan NabiMu Muhammada s.a.w.”

• Lalu dia pun bertawaflah seterusnya.Hendaklah ia berjalan dengan kadar yang cepat dalam tiga pusingan yang pertama, manakala dalam empat pusingan yang akhir itu ia berjalan secara biasa saja. Maksud dari berjalan cepat di sini ialah berlari-lari anak atau berjalan antara berlari dan berjalan biasa dengan merapatkan langkah-langkahnya. Tujuan melakukan ini dan meletakkan selendang di dada itu, ialah menunjukkan ketangkasan kekerasan dan kekuatan. Inilah tujuan yang mula-mula dilakukan dulu, iaitu untuk melemahkan semangat orang-orang kafir yang melihatnya dan hingga kini pula menjadi sunnat bagi kaum Muslimin.
• Yang utamanya, hendaklah ia berlari-lari anak itu berdekatan dengan Baitullah. Jika tak boleh kerana ramainya manusia, maka berlari-lari anak itu jauh sedikit pula lebih utama. Untuk berlari-lari anak sebanyak tiga kali itu tidak mengapalah ia di jarak yang jauh sedikit dari lingkaran tempat tawaf itu. Kemudian ia mendekati Baitullah dalam himpunan orang ramai itu, dan ia pun berjalan seperti biasa saja sebanyak empat kali lagi.
• Jika boleh menerima (untuk mencium) Hajarul Aswad bada tiap-tiap taawf atau pusingan. Itulah yang lebih utama baginya, Tetapi jika ia terhalang oleh ramainya manusia di situ, maka cukuplah ia mengisyaratkan dengan tangan saja, lalu mencium tangan itu. Begitulah pula sunnat menerima penjuru yang dinamakan rukun Yamani dari lain-lain penjuru yang lain.
• Apabila selesai tawaf tujuh kali, hendaklah ia pergi ke Multazam iaitu tempat di antara Hajarul Aswad dan pintu Ka’bah. Di tempat itu segala doa akan mustajab atau dikabulkan. Sebelum berdoa di situ, hendaklah ia meletakkan badannya ke Baitullah dan bergayut pada tabir-tabir Ka’bah, dbiarkan perutnya bertempel di situ pipi kanannya tersentuh pada dindingnya kedua belah lengan dan tapak tangannya dibeberkan kemudian barulah dia berdoa:

“Ya Allah! Ya Tuhanku1 Wahai Tuhan Runah Ka’bah yang tua, merdekakanlah leher hambaMu ini daripada api neraka. Ya Allah! Ya Tuhanku! Ini keadaan hamba yang meminta perlindungan denganMu daripada api neraka”

• Kemudian hendaklah ia memohon segala keperluannya yang khas di situ, dan jangan lupa pula memohon keampunan daripada dosa-dosanya.
• Apabila selesai melakukakn semua itu, sebaik-baiknya ia bersembahyang dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim, iaitu dua rakaat tawaf: Sesudah dua rakaat tawaf dia berdoa pula:

• “Ya Allah! Ya Tuhanku! Permudahkanlah bagiku segala yang mudah, dan jauhkanlah daripadaku segala susah dan ampunilah aku pada masa yang akan datang dan masa yang lalu.”

BAHAGIAN KELIMA: TERTIB MELAKUKAN SA’I

Apabila selesai melakukan tawaf, hendaklah ia keluar dari Babu-Shafa (Pintu Shafa), terus menuju ke Bukit Shafa, lalu mendaki kaki bukit itu. Dari situlah ia memulakan Sa’inya antara Shafa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Sebelum itu hendaklah ia bersuci (berwudhu’) terlebih dulu, kerana bersuci ketika bertawaf.

BAHAGIAN KEENAM: TERTIB WUKUF DAN SEBELUMNYA.

Seorang haji yang telah berada di Arafah di Hari Arafah tidaklah perlu melakukan Tawaful-Qudum dan memasuki Makkah dulu sebelum selesai wukufnya di Arafah itu. Jika ia sampai di Arafah beberapa hari sebelum hari wukuf, maka bolehlah ia membuat Tawaful-Qudum dulu, kemudian ia pun tetap dalam ihramnya beberapa hari sebelum hari wukuf, maka bolehlah ia membuat Tawaful-Qudum dulu, kemudian ia pun tetap dalam ihramnya, hingga hari ketujuh dari Zulhijjah. Pada hari itu, Imam akan berpidato di Makkah selepas sembahyang zohor di Ka’bah, seraya memberitahu orang ramai agar bersiap sedia untuk berangkat ke Mina pada Hari Tarwiah (8 Zulhijjah) dan bermalam di situ. Pada paginya berangkat pula ke Arafah untuk menunaikan fardhu wukuf di sana, iaitu selepas tergelincir matahari. Waktu wukuf itu bermula dari tergelincirnya matahari pada 9 Zulhijjah berterusan hingga terbitnya Fajar Sadiq dan Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah).
Dalam masa berangkat ke Mina, hendaklah ia memperbanyakkan talbiah, lalu tidur malam iti di Mina. Pada hari esoknya yakni Hari Arafah sesudah bersembahyang sebuh di sana, barulah berangkat ke Arafah; iaitu setelah matahari terbit di senalik bukit. Hendaklah ia mandi terlebih dulu sebelum wukuf dan menjamakkan kedua-dua sembahyang zohor dan asar dengan satu azan dan du iqamah dan kedua-dua sembahyang itu hendaklah ditunaikan dengan qashar.
Di Arafah itu hendaklah ia memperbanyakkan pada sebutan berbagai-bagai tahmid (puji-pujian), tasbih dan tahlil, memuji Allah azzawajalla dan berdoa serta bertaubat kepada Allah. Janganlah hendaknya ia berpuasa pada hari itu, supaya ia kuat untuk meneruskan segala amalan-amalan ini dan berdoa. Janganlah berhenti dari membaca apa saja yang dipandang perlu, sambil memperbanyakkan istighfar (minta ampun) bagi dirinya dan kedua ibubapanya serta sekalian kaum Muslimin dan Muslimat. Dalam berdoa itu hendaklah ia bersungguh-sungguh bermohon dan membesarkan permintaannya itu sebab pada sisi Allah tiada sesuatu pun yang dianggap besar, semuanya boleh dikabulkan jika Dia mahu.

BAHAGIAN KETUJUH: TERTIB PEKERJAAN HAJI YANG LAIN.
• Apabila matahari Hari Arafah terbenam, hendaklah ia keluar dari Arafah dengan penuh tertib dan tenang, sehingga apabila sampai saja di Muzdalifah, ia pun bersembahyang qashar dan jamak antara maghrib dan isya’ pula, dengan satu azan dan dua iqamat seperti yang dibuat sebelumnya.
• Di Muzdhalifah ia mengutip sebanyak 70 butir batu kecil dan ringan untuk keperluan melempar jamrah nanti. Kemudian ia bermalam pula di Mina pada malam itu.
• Sembahyang subuh pada hari itu, hendaklah ditunaikan leboh awal sedikit. Sesudah itu, mulalah ia melangkah menuju Masy’aril Haram, iaitu suatu tempat di penghujung Muzdalifah. Di situ Haram iaitu suatu tempat di penghujung Muzdalifah. Di situ ia berdiri sambil terbit matahari hingga sampai suatu tempat yang dipanggil “Wadi Muhassir”. Maka hendaklah ia mempercepatkan gerakan kenderaannya, sehingga dapat mengelilingi Lembah Wadi Muhassir tadi. Jika ia berjalan kaki, hendaklah ia mempercepatkan juga perjalanannya.
• Apabila matahari Hari Raya telah terbit, hendaklah ia membaca talbiah dengan takbir Hari Raya beriringan-iringan, yakni sekali masa dia bertabiah dan sekali masa lagi dia bertakbir, sehinggalah ia sampai di Mina semula, di tempat-tempat melempar jamrah yang tiga itu. Pada Jamratul-Ula (Jamrah Pertama) dan Jamratus-Tsaniah, (Jamrah Kedua) tidak ada apa-apa yang wajib dilakukan pada Hari Raya itu, jadi sunnat hanya melaluinya saja sehingga sampai ke Jamratul-Aqabah ini dengan sebanyak tujuh butir batu, mengangkat tangannya dengan menghadap ke arah kiblat atau ke arah jamrah tersebut, sambil membaca pada setiap batu yang mahu dilemparkan itu begini:

“Allah Maha Besar, Kulakukan ini kerana taat kepada Tuhan ar-Rahman dan menolak tipu daya syaitan. Ya Allah! ya Tuhanku! Kulakukan ini kerana mempercayai kitabMu dan menurut perjalanan NabiMu.”

• Kemudian ia menyembelih pula korbannya, jika ada korban. Sebaik-baiknya korban itu disembelih oleh tuan punya korban itu sendiri seraya membaca:

“Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar. Ya Allah! Ya Tuhanku! Korbanku ini sebenarnya daripadaMu dan atas namaMu aku mengorbankannya dan kepadaMu pula kembalinya korbanku ini. Terimalah ia daripadaku sebagaimana Engkau menerimanya daripada kekasihMu Ibrahim.”

• Adapun korban itu diutamakan dengan unta, kemudian lembu, kemudian kambing jenis biri-biri lebih utama dari kambing biasa, yang putih lebih utama dari yang kelabu atau hitam. Dia boleh memakan dagingnya jika korban tathawwu’, yakni bukan wajib. Dan janganlah hendaknya ia menyembelih korban dari binatang yang tempang, yang cacat seperti terpotong telinga atau kurus badannya.
• Sesudah selesai berkorban, barulah ia menggunting rambut. Sebaik-baik selesai pula bergunting dan melempar jamrah maka berhasillah baginya tahallul awal dan dengan itu halallah baginya semua larangan-larangan yang tersebut tadi, kecuali bersetubuh dengan isteri dan akd nikah.
• Kemudian bolehlah ia pergi ke Mekah untuk bertawaf menurut cara-cara yang telah diterangkan sebelum ini. Tawaf ini ialah tawaf rukun Haji, dinamakan tawaf Ziarah, bermula waktunya dari tengah malam Hari Raya Haji tetapi lebih utama dilakukan pada Hari Raya itu sendiri. Dia tiada boleh bersetubuh dengan isteri, melainkan sesudah melakukan tawaf ini. Apabila selesai tawaf ini, maka halallah baginya persetubuhan dengan isteri serta terangkatlah semua larangan-larangan yang lain. Sekarang semua kerja-kerja haji telah selesai hanya tinggal lagi ialah melempar batu pada hari-hari tasyrik (iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah – pent) dan bermalam di Mina. Semua ini merupakan kewajiban yang mesti ditunaikan sesudah selesai ihram menurut peraturan-peraturan haji.

Adapun sebab-sebab tahallul ialah tiga perkara:

• Melempar batu di Jamrah
• Mencukur rambut
• Membuat tawaf Rukun Haji

Jika orang haji telah melakukan dua dari tiga perkara di atas itu, maka ia telah beroleh tahallul awal. Sebenarnya tiadalah menjadi salah kalau yang satu didahulukan dan yang lain dikebelakangkan di antara ketiga-tiga perkara itu daripada penyembelihan korban, tetapi yang sebaik-baiknya ia melempar jamrah dulu, kemudian menyembelih dan sesudah itu barulah bercukur dan bertawaf.

Apabila selesai bertawaf ia kembali lagi ke Mina untuk bermalam di sana dan melempar jamrah pada hari-hari berikutnya. Jadi hendaklah ia bermalam di Mina pada malam itu, dan pada paginya iaitu hari kedua dari Raya haji setelah tergelincir matahari ia mandi sunnat kerana melempar jamrah. Lalu menuju ke tempat Jamratul-Ula sambil melempar sebanyak tujuh butir batu. Selesai melempar, hendaklah ia berdiri menghadap kiblat, seraya memuji Allah Ta’ala dengan bertahlil dan bertakbir, dan seterusnya berdoa dengan hati yang hadir dan segala anggota penuh khusyu’ dan khudhu’. Kemudian bergerak pula ke Jamratul Wusta dan melempar lagi tujuh butir batu, seperti yang dibuat pada Jamratul-Ula tadi; selesai melempar ia berdoa pula seperti yang dilakukan sebelumnya. Kemudian bergerak pula ke Jamratul –Aqabah dan melakukan sama seperti sebelumnya juga.

Selesai melempar, kembalilah ia ke rumah dan bermalam di Mina pada hari itu. Esoknya setelah menunaikan sembahyang zohor pada hari tasyrik yang kedua, pergilah ia sekali lagi pada ketiga-tiga jamrah, lalu melempar lagi seperti yang dilakukan pada hari semalamnya, yakni melempar lagi pada tiap-tiap satu jamrah tujuh butir batu; jadi jumlah lemparan kesemuanya ialah 21 butir batu.

Sesudah selesai melempar pada hari tasyrik kedua ini, dia diberi pilihan sama ada mahu terus tinggal di Mina semalam lagi ataupun kembali ke Makkah. Jika ia memilih meninggalkan Mina maka mestilah dilakukannya sebelum matahari terbenam sedangkan ia masih berada di Mina, maka tiadalah dibolehkan keluar lagi wajib menetap di Mina semalam lagi. Hingga ke hari esoknya dan tiada boleh keluar melainkan sesudah melempar sebanyak 21 butir batu lagi, seperti hari sebelumnya.

Meninggalkan tidur atau bermalam di Mina mewajibkan pengeluaran dam. Tetapi jika ia ingin menziarahi Ka’bah pada malam hari dibolehkan hanya dengan syarat mestilah ia kembali tidur di Mina. Hendaklah jangan sampai ia tertinggal sembahyang fardhu bersama-sama Imam di Masjidil-Khaif, kerana kelebihan bersembahyang berjemaah di situ amatlah besar pahalanya.

BAHAGIAN KELAPAN: CARA-CARA UMRAH HINGGA TAWAFUL WADA`.

Orang yang ingin mengerjakan umrah sebelum berhaji atau sesudahnya, mula-mula hendaklah ia mandi sunnat dan memakai pakaian ihram, dan seterusnya melakukan seperti cara-cara dia melakukan pada haji, sebagaimana yang telah ditunjukkan cara-cara sebelum ini. Sesudah itu hendaklah ia, berihram atau meniatkan umrah dari miqatnya. Seterusnya bertalbiah, sembahyang dua rakaat dan berdoa apa saja yang dikehendakinya. Kemudian menuju ke Mekiah dengan bertalbiah di sepanjang jalan, sehingga sampai ke Masjidil Haram. Sesudah masuk ke dalam Masjidil-haram, dia berhenti dari bertalbiah seraya melakukan tawaf tujuh kali berkeliling Ka’bah, sebagimana yang ditunjukkan mengenai tawaf haji sebelum ini. Selesai bertawaf, lalu bersa’I pula, kemudian dia bercukur. Dengan itu sempurnalah pekerjaan umrahnya itu.
Orang yang tinggal di Makkah, sewajarnya memperbanyakkan perkerjaan umrah dan tawaf. Hendaklah ia meminum air zam-zam seberapa banyak, hingga kenyang dan puas.

BAHAGIAN KESEMBILAN: TAWAFUL-WADA`.

Apabila seseorang haji itu telah berniat mahu kembali ke negerinya sesudah selesai menunaikan semua amalan hajinya, atau amalan umrahnya, terlebih dulu hendaklah ia menyelesaikan semua urusan yang bersangkutan di situ. Kemudian ia menyediakan diri untuk berangkat di situ. Kemudian ia menyediakan diri untuk berangkat pula, sehingga apabila semua urusan-urusan ini telah selesai, barulah dia mengerjakan kerja yang terakhir, iaitu Tawaful-Wada’ atau tawaf selamat tinggal. Tawaful-Wada` ini dilakukan sama seperti tawaf-tawaf yang lain, hanya tiadalah ia bercepat-cepat atau berjalan perlahan-lahan, bahkan semuanya dilakukan dengan langkah-langkah yang sama belaka dalam tujuh kali keliling itu.
Selesai saja tawaf selamat tinggal ini, hendaklah ia solat dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim, kemudian meminum pula air zamzam. Kemudian dia pergi ke Multazam, lalu berdoa dengan sepenuh khusyu’ dan khudhu’ dengan doa berikut:
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Peliharalah kesihatan tubuh badanku, dan keselamatan agamaku, dan perbaikkanlah tujuan hatiku serta kurniakanlah aku ketaatan kepadaMu sepanjang umur yang Engkau tetapkan bagiku. Saingkanlah bagiku kebaikan dunia dan akhirat, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.”

BAHAGIAN KESEPULUH: ZIARAH KE MADINAH DAN TERTIBNYA

Barangsiapa yang menuju ke Madinah kerana tujuan berziarah, maka hendaklah ia memperbanyakkan selawa ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. di sepanjang perjalanannya ke sana. Sebelum masuk berziarah Nabi, sewajarnya dia mandi terlebih dulu, kemudian memakai sebersih-bersihnya pakaian dan memakai wangi-wangian.
Apabila masuk ke dalam masjid hendaklah bersikap merendah diri dengan penuh penghormatan, terus menuju ke minbar lalu bersembahyang dua rakaat di sisi minbar itu. Kemudian ia pergi pula ke Maqam Nabi s.a.w. sambil berdiri menghadapnya dengan membelakangkan kiblat dan berhadapan dengan dinding maqam itu lebih kurang sejarak empat hasta dari tiang-tiang yang ada berdekatan dengan dinding di situ .. Yang patut di buat hanya berdiri saja dari jauh, kerana yang demikian itu adalah lebih baik untuk memberikan penghormatannya. Setelah berdiri lalu memberi salam:
• Salam sejahtera ke atasmu, duhai Rasulullah!
• Salam sejahtera ke atasmu, duhai Nabi Allah!
• Salam sejahtera ke atasmu, duhaikepercayaan Allah!
• Salam sejahtera ke atasmu, duhai Nabi kesayangan Allah!
• Salam sejahtera ke atasmu, duhai pilihan Allah!
• Salam sejahtera ke atasmu, duhai Abul Qasim!
• Salam sejahtera ke atasmu, duhai penghulu para Rasul!
• Salam sejahtera ke atasmu, duhai penutup para Nabi !
• Salam sejahtera ke atasmu, duhai pengutus Tuhan Semesta Alam!
• Salam sejahtera ke atasmu, duhai pemimpin kebaikan!
• Salam sejahtera ke atasmu, duhai pembuka segala kebajikan!
• Salam sejahtera ke atasmu, duhai Nabi Rahmat!
• Salam sejahtera ke atasmu, duhai petunjuk ummat!
• Salam sejahtera ke atasmu, dan ke atas sekalian keluargamu dan para sahabatmu yang baik-baik.
Mudah-mudahan Allah akan memberikan kepadamu sebaik-baik balasan yang pernah diberikan kepada seorang Nabi daripada kaumnya, dan kepada seorang rasul daripada ummatnya. Moga-moga Allah merahmatimu dengan setinggi dan sempurna salawatnya yang tiada pernah dianugerahkanNya kepada seseorang pun dari makhlukNya. Begitu pula kami berlindung diri denganmu daripada kesesatan, memelihara pemandangan kami dari kebutaan dan menjaga petunjuk yangada pada kami dari kebodohan. Aku bersaksi bahawasanya engkau telah pun menyampaikan perutusan, engkau telah tunaikan amanat, engkau telah menasihatkan ummat, engkau telah menentang musuhmu, engkau telah menunjuki ummatmu, engkau telah menyembah Tuhanmu, sehingga tiba kepadamu keyakinan moga-moga Allah memberikan rahmatNya ke atasmu, dan ke atas sekalian keluargamu yang baik-baik, juga memberikan keselamatan keutamaan kemuliaan dan kebesaran.

Sesudah itu dia berundur sedikit kira-kira sehasta, lalu memberi salam kepada Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. Kemudian berundur lagi kira-kira sehasta memberi salam pula kepada Saiyidina Umar Ibnul-Khattab r.a. Pada kedua-duanya, dia berkata:

“Salam sejahtera ke atas kamu kedua, wahai Menteri-menteri Rasulullah s.a.w dan pembanatu-pembantunya untuk mendirikan agama sewaktu hayatnya dan orang-orang yang mengambil berat terhadap ummatnya dalam urusan-urusan agama sesudah kepergiannya. Kamu kedua telah menurut jejak langkahnya, dan berbuat dengan sunnatnya (perjalanannya), moga-moga Allah membalas kamu kedua dengan balasan paling layak diberikan kepada dua Menteri Nabi yang melindungi agamaNya.

• Kemudian dia beredar pula ke Raudhah untuk bersembahyang dua rakaat di situ dan hendaklah memperbanyakkan berdoa seberapa boleh,
• Setelah itu,, baik baginya mengunjungi Bukit Uhud dan menziarah maqam-maqam para syuhada di situ.
• Juga baik baginya menziarahi Baqi’ (Perkuburan Madinah) serta menziarahi maqam orang-orang yang termulia di situ.
• Kalau boleh setiap hari Sabtu, dia pergi pula ke Masjid Quba’ untuk bersembahyang di sana,
• Jika boleh tinggal di Madinah dengan menjaga perkhidmatan di situ, adalah pahalanya besar sekali.
• Sesudah itu bila ingin meninggalkan Kota Madinah, sunnat baginya mendatangi sekali lagi Maqam Rasulullah s.a.w yang mulia dan mengulangi doa yang dibaca waktu mula-mula ia berziarah dulu, dan jangan lupa pula berdoa kepada Allah meminta agar dapat kembali semula ke Madinah.
• Kemudian dia bersembahyanglah dua rakaat di Raudhah.
• Apabila keluar dari Raudhah, hendaklah dimulakan langkahnya dengan kaki kiri kemudian kanan, dan akhir sekali.
• Sebelum meninggalkan Kota Madinah itu, hendaklah ia bersedekah kepada jiran-jiran Rasulullah s.a.w di situ dengan kadar yang termampu.

Sunnat-sunnat kembali dari pelayaran.

Dalam perjalanan pulang setiap kali bertemu dengan tanah tinggi, hendaklah dia bertakbir tiga kali dengan berkata:

“Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala puji-pujian dan Dia adalah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Kami sekalian dalam keadaan kembali kepada Allah bertaubat kepadaNya, menyembahNya, sujud kepadaNya serta memuji-mujiNya”.

Apabila telah hampir sampai ke negerinya, hendaklah melambatkan kenderaannya, lalu mengirim seorang untuk memberitahukan keluarganya akan kedatangannya, agar mereka tiada terperanjat dengan kedatangannya secara tiba-tiba saja. Janganlah hendaknya dia mendatangi keluarganya di sebelah malam bila sampai di waktu malam.

Apabila sampai saja di negerinya mula-mula hendaklah ia menuju masjid untuk bersembahyang dua rakaat. Kemudian apabila telah sampai di rumahnya, sayugialah jangan sampai melupakan segala nikmat-nikmat yang telah dikurniakan Allah kepadanya daripada menziarahi haramnya;* iaitu Makkah dan Madinah dan menziarahi juga maqam (kubur) Nabi Besar Muhammad s.a.w.

* Haram: Dengan dibaca ra’nya pendek sedikit, bererti Tanah Suci Makkah dan Madinah yang telah terpelihara daripada segala kekotoran.

Tanda mengkufuri nikmat ini atau melupakannya, ialah dengan ia kembali semua kepada kelalaian dan mengikut hawa nafsu serat semakin suka membuat maksiat-maksiat, kerana itu bukanlah tandanya haji mabrur atau haji yang diterima oleh Allah Ta’ala. Bahkan tandanya haji yang diterima itu, ialah dengan semakin cenderung hatinya dan gerak-kerinya kepada amalan-amalan akhirat serta meyiapkan diri untuk menemui Tuhan yang memiliki Rumah Allah; iaitu Ka’bah setelah baru saja bertemu dengan RumahNya itu.

Tertib kesopanan dan amalan-amalan kebatinan.

Tata-tertib kesopanan yang khas dalam amalan haji itu ada tujuh perkara:

• Pertama: Hendaklah nafkah yang dibelanjakan itu dari harta yang halal, manakala segala perhatian dan tujuannya hanya semata-mata untuk Allah Ta’ala saja dan kerana membesarkan syiar-syiarNya. Orang yang menghajikan orang lain, hendaklah berniat bagi dirinya Baitullah Ta’ala dan menolong saudaranya yang muslim untuk menunaikan Fardhu Haji yang wajib ke atasnya, bukan kerana tujuan mencari untung atau berniaga dengan menggunakan agama untuk mencapai tujuan dunia. Jadi samalah seperti orang yang mencari dunianya dengan menjual amalan akhirat. bahkan yang sepatutnya dia menggunakan kesempatan keduniaan itu untuk mencapai tujuan agama, yakni dapat berhaji dan berziarah sekaligus.
• Kedua: meluaskan persediaan dalam makan-minum dan murah hati dalam membuat budi dan membelanjakan harta dengan bersedekah tidak terlalu lokek ataupun telalu boros, tetapi dengan sedeharhana saja menurut cara orang yang beriktisad. Membelanjakan wang dalam makan-minum kerana tujuan hai adalah nafkah yang dikeluarkan untuk jalan Allah azzawajalla, tentulah pahalanya berlipat ganda. Ibnu Umar berkata: Tanda-tanda murah hati manusia ialah memewahkan makan-minumnya dalam pelayaran.
• Ketiga: Meninggalkan rafats, fusuq dan jidal, iaitu denga nas al-Quran al-Karim. Rafats: ialah kata-kata sia-sia yang tidak ada faedahnya ataupun cakap-cakap kotor, termasuk bergurau senda dengan kaum wanita dan bermain-main dengan mereka atau berbual-bual mengenai jimak (persetubuhan) atau cumbu-cumbuan, kerana semua itu akan memberangsangkan kepada melakukan perbuatan itu sedangkan ini dilarang dalam masa berihram dengan haji atau umrah. Tegasnya memberangsangkan untuk melakukan yang dilarang adalah ditegah. Fusuq: ialah segala macam perbuatan yang boleh menarik manusia terkeluar dari mentaati Allah azzawajalla. Dan akhir sekli jidfal, iaitu berlebih-lebihan dalam permusuhan atau perselisihan yang membawa kepada hasad benci membenci yang bertentangan dengan budi pekerti yang luhur. Janganlah hendaknya dia terlalu membangkang sangat terhadap teman-teman seperjalananya ataupu tukang-tukang kenderaan.* dan sahabat-sahabat yang lain.

Dulu ketua yang memimpin Kafilah Haji. Sekarang bolehlah diambil tempatnya oleh Syaikh Haji. Dalam pada itu, jangan pula Syaikh Haji membuat kesempatan untuk menindas para haji itu dengan adanya rukhshah ini – pent
• Bahkan sebaik-baiknya, hendaklah ia berlemah-lembut kepada mereka dan merendahkan diri kepada sekalian jemaah haji yang sama-sama pergi ke Baitullah itu.
• Hendaklah ia sentiasa berbudi pekerti tinggi dan berbudi pekerti tinggi itu bukanlah hanya menahan diri dari melakukan sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain saja, bahkan sanggup bersabar dan menanggung segala sesuatu dari orang lain yang menyakiti diri sendiri.
• Hendaklah ia meninggalkan pakaian orang-orang yang boros dan takabbur, jangan sampai cenderung berlagak seperti orang yang suka berlebih-lebihan atau menunjuk-nunjukkan diri, niscaya ia akan terkira di dalam golongan orang takabbur dan terkeluar pula dari kumpulan orang yang saleh. Tersebut di dalam sebuah hadis:

“Sesungguhnya orang haji itu ialah orang yang serembah-serembih (iaitu orang yang tidak selalu mempersolekkan diri).”

Allah telah berfirman:

“Kemudian hendaklah mereka membersihkan keadaan diri mereka.”

Serembah-serembih atau tidak mementingkan kebersihan diri itu disebabkan penumpuan amalan haji, dan membersihkannya dengan bercukur, memendekkan misai dan memotong kuku.

• Kelima: Hendaklah ia menaruh belas kasihan terhadap binatang dan jangan membebankannnya barang-barang yang terlalu berat, sehingga tiada tertahan baginya untuk menanggung. Jangan juga menunggang ke atasnya terlalu lama sangat, bahkan hendaklah sekali-kali ia turun dari belakangnya untuk menunjukkan timbang rasanya terhadap binatang itu.
• Keenam: Hendaklah ia mendekatkan diri kepada Allah dengan mengalirkan darah (menyembelih kerana korban), meskipun tidak wajib ke atasnya. Bila berkorban hendaklah memilih binatang yang gemuk dan yang berharga. Dia boleh memakan dagingnya, jika ia berkorban Tathawwu’ (korban sukarela). Maksud dari pengorbanan itu bukanlah dagingnya, tetapi untuk membersihkan diri dan mensucikannya dari sifat kikir dan menghiaskannya dengan keindahan pentakziman Allah azzawajalla. Allh berfirman:

“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya (korban) atau darahnya, akan tetapi yang akan sampai kepada Allah ialah taqwa kamu.” (al-Haj:37)

• Ketujuh: Hendaklah segala yang dibelanjakannya itu dari jiwa yang suci murni, sama ada merupakan perbelanjaan mahupun korna dan ia redha atas segala kerugian dan kecelakaan pada harta dan badan yang mungkin menimpanya. Pada tiap-tiap kesusahan yang diterimanya aatau kerugian yang mengenainya akan dibalasa dengan pahala tiada suatu pun yang bakal hilang di sisi Allah kelak. Ada yang berkata bahawa tanda-tanda kabulnya haji seseorang itu ialah meninggalkan segala yang ada pada dirinya dari maksiat-maksiat. Dan ia akan menukarkan rakan-rakan yang jahat dengan rakan-rakan yang saleh dan menukarkan tabiat suka berlabun-labun dalam kumpulan-kumpulan orang yang bersenda-gurauan dan lalai kepada majlis-majlis bersikir terhadap Allaah Ta’ala dan mempunyai kesedaran diri.

Amalan haji yang batin, rahsianya dan tujuannya.
Boleh dikatakan pada setial amalan haji itu ada peringatan bagi orang yang ingin mengambil ingatan daripanya, dan contoh tauladan bagi orang yang ingin mengambil ibarat. Apabila terbuka saja pintunya akan tersingkaplah segala rahsia dan muncullah perkara-perkara yang diperlukan untuk mensucikan hati disamping memperkuatkan fikiran. Allah s.w.t. telah memuliakan al-Baitul atiq (Ka’bah) di samping ZatNya yang agung dan menentukan Rumah Suci itu sebagai tempat tujuan untuk sekalian hamba-hambaNya. Kemudian dijadikan pula tanah-tanah di sekitarnya sebagai tanah haram yang suci bagi rumahNya untuk menandakan kebesaran dan kesucian tempat itu. Lalu dikuatkan lagi perkaranya dengan mengharamkan binatangnya dari diburu dan pohon-pohonnya dari dipotong. Dijadikan rumah itu sebagai balai persembahan raja-raja yang didatangi oleh para penziarah dari segala rantau yang jauh, dan dari arah yang terpencil, dalam keadaan kusut-masai, tidak teratur merendahkan diri kepada Tuan punya Rumah Suci itu, semata-mata kerana menghinakan diri terhadap keagunganNya, dengan pengakuan untuk menjauhkan ZatNya daripada dikelilingi oleh sesebuah rumah atau dilingkari oelh sesebuah negeri, agar yang demikian itu menjadi lebih tepat dalam perhambaan dan ubudiah mereka terhadap Allah Ta’ala dan menjadi lebih sempurna dalam menundukkan mereka dan menarik mereka untuk menurut.

• Ketika berihram dan bertalbiah terdapat penyahutan terhadap seruan Allah azzawajalla.
• Ketika masuk Makkah terdapat peringatan tentang ketibaan ke Haram Allah, maka hendaklah ia merasa bimbang kalau-kalau ia bukan ahli yang boleh mendekatkan diri ke situ, dan hendaklah ia berharap rahmat Allah.
• Ketika melihat Rumah Suci akan mengingatkan kebesaran Rumah itu di dalam hati dan meletakkan penuh harapan untuk dapat melihat Allah, Tuhan kepada Rumah Suci itu, kerana perasaan mengagungkan yang timbul dalam hati terhadap Rumah itu.
• Ketika bertawaf mengelilingi Rumah Allah itu sepatutnya ia merasakan dirinya seperti para Malaikat Muqarrabin yang sentiasa berada di sekitar Arasy Allah Ta’ala dan sedang bertawaf di sekelilingnya. Seterusnya maksud dari bertawaf itu bukanlah tawafnya tubuh badan yang kasar, malah tawafnya hati sanubari dengan mengingat kepada Tuhan.
• Ketika bergayut pada tabir-tabir Ka’abah dan melekapkan tubuh di al-Multazam, melambangkan permintaan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. kerana kecintaan dan perasaan rindu kepada Rumah Allah itu dan Tuan Punya Rumah tersebut dan mengambil keberkatan dengan berdekatan dan bersentuhan itu. Seterusnya untuk mengulang sekali lagi permintaan keampunan dan keamanan dari Allah Ta’ala, laksana seorang yang banyak dosanya sedang berpaut pada baju orang yang berdosa kepadanya, mengharapkan dengan penuh rendah diri akan keampunannya, seraya menunjukkan bahawa tiada tempat lain yang ia boleh berlindung lagi, melainkan kepada orang itu saja. Jadi dia tiada akan melepaskan orang itu, walau bagaimana sekalian melainkan sesudah mendapat keampunan dan keredhaan darinya.
• Ketika Sa’I antara Shafa dan Marwah, melambangkan betapa seseorang hamba itu sentiasa dalam kebimbangan tentang kemusnahan harta miliknya, dengan berulang kali pergi dan kembali untuk menunjukkan keikhlasan dan perkhidmatannya, sambil mengharapkan perhatian Tuhan dengan pandangan penuh rahmat dan belasa kasihan, laksana seorang rakyat biasa yang datang untuk menghadap raja, kemudian keluar semula, sedangkan dia tiada mengetahui apa yang akan diputuskan oleh raja itu terhadap permohonannya sama asa dikabulkannya atau ditolaknya. Maka orang tersebut terus berulang alik di halaman Istana raja itu pergi dan kembali, membawa harapan agar ia akan dirahmati oleh Raja dan dibelas kasihaninya pada kali ini, kiranya sebentar tadi permohonannya telah ditolak.
• Ketika menyempurnakan wukuf di Arafah dengan melihat manusia begitu ramai sekali, yang telah berkumpul dengan suara yang dilaungkan dalam berbagi bahasa dunia, akan mengingatkan tentang perkumpulan semua ummat nanti di padang yang amat luas di Hari Kiamat. Hal Keadaan di situ tentu akan membingungkan semua manusia di sebidang tanah yang terbentang luas itu; masing-masing memikirkan tentang amalannya sendiri, sama ada ditolak atau dikabul. Bila teringat terhadap segala peristiwa yang akan berlaku di hari itu nanti, tentulah hati akan menjadi kecut, sentiasa akan memilih kerendahan diri dan berserah sepenuhnya kepada Allah azzawajalla. Juga ia akan mengharapkan moda-moga akan dikumpulkan di Hari Mahsyar nanti ke dalam golongan orang-orang yang berbahagia dan dirahmati, manakala keyakinannya kuat sekali, bahawa segala yang diharp-harapkan itu akan dikabulkanNya. Tiada syak lagi, kerana tempat itu amat mulia sekali. Kerahmatan itu biasanya datang dari hadrat yang Maha Besar kepada sekalian manusia, melalui hati yang bersih, manakala di tempat itu tentu sekali tidak kurang banyaknya para Salihin dan orang-orang yang mempunyai hati nurani yang suci, menurut tingkatan-tingkatan mereka. Mereka sekalian telah berkumpul dengan satu tujuan, iaitu untuk menundukkan diri kepada Allah yang Maha Agung dan membersihkan hati mereka dari segala sesutau selain memohon dan mengharap dengan mengangkat tangan kepada Allah s.w.t. dan menengadahkan muka kepadaNya, sedangkan mata mereka tidak berkelip-kelip lagi, memandang ke arah langit, bersatu kata dan hati, untuk memohon kerahmatan dan belas kasihan Allah. Dalam keadaan yang serupa itu, janganlah hendaknya ada orang yang menyangka, bahawa Allah s.w.t akan mengecewakan harapan mereka, atau mensia-siakan usaha mereka, ataupun menahan dari mencurahkan rahmat-rahmatNya yang tak terhingga ke atas mereka.
• Ketika melempar batu-batu itu, menggambarkan betapa seorang hamba itu akan menurut perintah tanpa banyak bicara dan menunjukkan sikap perhambaan dan ubudiahnya. Ketika melempar itu hendaklah ia bermaksud melempar wajah syaitan dan menetak belakangnya, supaya dirinya terpelihara dari godaan dan tipu dayanya.
• Ketika melakukan ziarah ke Madinah dan menyaksikan sekitarnya akan mengingatkan kita kepada negeri yang dipilih oleh Allah s.w.t. untuk NabiNya s.a.w. berhijrah ke situ dan mencari perlindungan diri dan agama di dalam naunganNya.
Di situ juga tempat yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk mensyariatkan berbagai-bagai perintah yang fardhu yang sunnat dan seterusnya.
Di situ jugalah diperintahkan ke atas Rasulullah s.a.w. untuk berjihad menetang mush-musuh yang mengancamnya, sehingga agama disebarkan itu menjadi kenyataan dan terkenal kepada orang ramai, sampailah akhirnya baginda menemui ajalnya dan dimaqamkan di situ pula. Pendek kata negeri Madinah itu merupakan tempat yang dipilih oleh Allah s.w.t. bagi NabiNya s.a.w. dan bagi orang-orang Muslimin yang pertama dan utama.
Di situlah pula segala perintah-perintah Allah s.w.t mula dikuatkusakan.
Di situ juga terkumpul sekalian makhluk Allah yang utama, dalam masa hidup mahupun sesudah mati, masing-masing dengan kemuliaan dan kelebihannya yang tiada tanding dan taranya

Persediaan Untuk Musafir Haji:

Sebelum musafir untuk mengerjakan Haji bakal jemaah Haji hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:
1. Kembali kepada Allah dengan bertaubat dari segala dosa-dosa.
Mengembalikan hak-hak dan apa yang diambil secara zalim kepada tuan-tuanya.
Jaminan perbelanjaan Haji dari rezeki yang halal lagi baik.
Mempunyai teman yang solih cintakan kepada kebaikan dan boleh membantunya.
Berjanji untuk:
Tidak akan melakukan maksiat selama-lamanya.
Tetap berpegang dengan sunnah Nabi s.a.w.
Ikhlas mengerjakan Haji kerana Allah Taala dan tujuan serta niat hendaklah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
Memberi penumpuan semata-mata untuk beribadat.
Tidak berbantah, bergaduh, bertengkar dan sibuk dengan orang ramai.

Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Musafir Dan Doa-doanya:
Orang yang musafir sunat mengucapkan selamat tinggal kepada kaum keluarganya, kawan-kawannya serta kenalan-kenalannya.
Orang musafir berkata kepada orang yang dia tinggalkan:

(استودعكم الله الذي لا تضيع ودائعه).

Orang yang bermukim pula menjawab kepada orang yang musafir:

(استودع الله دينك وأمانتك وخواتيم عملك، في حفظ الله وكنفه زودك الله التقوى وغفر ذنبك ووجهك للخير حيثما توجهت).
Sebelum bertolak dia disunatkan mendirikan sembahyang sunat musafir sebanyak dua rakaat, pada rakaat yang pertama dia membaca (....قل يا أيها الكافرون) dan pada rakaat yang kedua pula dia membaca (....قل هو الله أحد) selepas membaca Al-Fatihah.
Selepas selesai sembahyang dia membaca ayat Al-Kursi.
Ketika keluar dari rumahnya dia membaca:

(بسم الله، توكلت على الله، لا حول و لا قوة إلا بالله، اللهم إني أعوذُ بكَ أن أَضِلَّ أو أُضلَّ أو أَزِلَّ أو أُزَلَّ، أو أَظلِمَ أو أُُظلَمَ، أو أَجهَلَ أو ُيجهَلَ عَلَيَّ).
Kemudian selepas menaiki kenderaan dia bertakbir sebanyak tiga kali:

(الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر)

kemudian dia membaca:

(سبحان الذي سخر لنا هذا و ما كنا له مقرنين و إنا إلى ربنا لمنقلبون، اللهم هون علينا سفرنا هذا و اطوِ عنا بعده، اللهم أنت الصاحب في السفر والخليفة في المال والأهل، اللهم إني أعوذ بك من وعثاء السفر وكآبة المنظر وسوء المنقلب في المال والأهل).
Kemudian dia membaca ayat Al-Kursi, surah Al-Ikhlas, surah Al-Masad dan surah An-Nas.

Nasihat-nasihat dan Masalah-masalah Penting Jemaah Haji:Nasihat Umum

Nasihat Umum:
Mengelakkan diri dari berhutang untuk mengerjakan ibadat Haji kerana tindakan sedemikian adalah salah memandangkan Haji tidak diwajibkan melainkan kepada orang-orang yang berkemampuan untuk mengerjakannya sahaja.
Cuba berusaha mempelajari ibadat ini supaya tidak mendedahkan diri anda ke dalam perkara yang boleh merosakkan pekerjaan anda atau mengurangkan pahala anda dalam keadaan anda tidak sedar.
Cuba berusaha untuk mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w mengikut kemampuan anda dan keadaan anda.
Ketahuilah wahai saudaraku jemaah Haji bahawa mengikut mazhab adalah merupakan suatu kemestian di dalam Haji dan jangan cuba untuk membebankan diri anda lebih dari kemampuan anda kerana (Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya).
Cuba berusaha untuk mengelakkan diri anda dari memerhati manusia dan tumpukan kepada pekerjaan anda dan cara melakukan ibadat anda, kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan anda terlihat sesuatu yang boleh jadi perkerjaan yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam adalah pelik bagi anda sedangkan perkara itu adalah disebabkan kejahilan mereka, cuba selesaikan dalam keadaan tenang dan bersabar kerana ia adalah sebahagian dari tanda kebesaran penciptaan Allah.
Elakkan diri anda dari melakukan maksiat dan jauhkan diri anda dari bertengkar dan berbalah.
7. Elakkan diri anda dari bersesak dengan manusia serta menyakiti mereka di dalam Tawaf, Saie dan ibadat-ibadat yang lain.
Elakkan diri anda dari merempuh atau menenyeh wanita di tempat-tempat yang terlalu penuh sesak (seperti Tawaf, Saie dan di Arafah).
Jangan persoalkan diri anda atau orang lain tentang sebab pekerjaan sebahagian ibadat dan cuba menyerahkan diri anda kepada Allah Taala.
Anda hendaklah bersikap lemah lembut dengan penduduk dua tanah Haram dan jagalah diri anda supaya tidak berlaku kasar dan bengis bersama mereka kerana sesungguhnya penduduk Mekah adalah jiran Baitullah dan penduduk Madinah adalah jiran Rasulullah s.a.w.

Nasihat Di Dalam Tawaf:
Ketahuilah wahai saudaraku bahawa Tawaf adalah Tahiyat di Al-Haram dan ia adalah sama seperti sembahyang cuma diharuskan bercakap, oleh sebab itulah ia disyaratkan supaya suci dari hadas besar dan kecil serta menutup aurat.
Elakkan dari berdiri terlalu lama di Hajarulaswad untuk memberi isyarat kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan berlaku kesesakan yang sangat dahsyat.
Elakkan dari bersesak untuk mengucup Hajarulaswad kerana mengucupnya adalah sunat dan tidak menyakiti diri anda serta orang lain adalah wajib, malah perkara wajib lebih patut diikuti berbanding dengan perkara sunat.
Jemaah Haji disunatkan supaya khusyuk dan tenang di dalam tawafnya.
Muwalat (berturut-turut) di antara pusingan-pusingan di dalam tawaf adalah sunat muakkad.
Elakkan diri anda dari mematahkan jari-jari anda supaya mengeluarkan bunyi dan juga menyilangnya di dalam tawaf sebagaimana di dalam tawaf juga makruh makan, minum dan bercakap selain dari berzikir dan berdoa.
Makruh tawaf dalam keadan menahan kencing dan berak atau kentut.
Berhati-hati supaya melakukan tawaf melalui bahagian luar binaan Hijir Ismail, bukan melalui bahagian dalamnya kerana cara yang sedemikian bermakna jemaah Haji melakukan tawaf di sebahagian Kaabah sahaja dan tindakan itu membatalkan pusingan tawaf yang sedang dia lakukan.
Elakkan dari mengangkat suara di dalam tawaf kerana mengangkat suara kadangkala boleh mengganggu orang lain yang melakukan tawaf.
Elakkan dari berlari-lari anak di dalam setiap pusingan tawaf kerana berlari-lari anak adalah sunat pada tiga pusingan pertama tawaf sahaja yang selepasnya disusuli dengan saie.
Sunat berlari-lari anak pada tiga pusingan tawaf yang pertama dan ittiba' (sopan) di dalam pusingan-pusingan yang lain yang disusuli dengan saie selepasnya.
Wanita tidak disunatkan berlari-lari anak di dalam tawaf begitu juga di dalam saie.
Elakkan dari ittiba' (sopan) ketika selawat.
Elakkan dari menyentuh maqam Ibramim dan menciumnya kerana perbuatan ini adalah bidaah bercanggah dengan sunnah begitu juga dengan berpegang pada dinding kaabah.
Elakkan dari terlalu berusaha untuk sembahyang di belakang maqam Ibrahim selepas tawaf ketika keadaan terlalu penuh sesak dan harus sembahyang di mana-mana tempat di dalam Masjidilharam.
Perempuan hendaklah menjaga dirinya supaya tidak memperlihatkan rambutnya ketika bertahallul (ketika bergunting).

Nasihat Pada Hari Arafah:
Sentiasa memastikan untuk bertalbiah di dalam perjalanan ke Arafah.
Elakkan dari malas, membuang waktu serta tidak mahu lagi sibuk berdoa dan berzikir pada hari Arafah kerana Nabi s.a.w bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah.
Sentiasa memastikan untuk menghadap kiblat ketika berdoa sekadar termampu.
Berusaha untuk wuquf di dalam kawasan Arafah bukan di luarnya.
Jemaah Haji hendaklah mengambil perhatian bahawa di dalam masjid Namirah hanya tiga perempat sahaja yang termasuk di dalam Arafah manakala satu perempat lagi berada di luar Arafah, oleh yang demikian berhati-hatilah tentang perkara tersebut jika tidak anda akan kehilangan wuquf di Arafah menyebabkan Haji anda tidak sah.
Elakkan dari wuquf di Jabal Rahmah kerana tindakan itu akan menyebabkan berlaku kesesakan dan boleh menyakiti orang lain.
Berusaha untuk turun dari selepas tenggelam matahari, dengan demikian anda menghimpunkan di antara malam dan siang, sekiranya anda turun sebelum Maghrib maka anda diwajibkan membayar dam.
Jagalah diri anda supaya tidak buruk sangka pada Allah iaitu anda menyangka Allah tidak mengampunkan dosa anda kerana itu merupakan dosa pertama yang anda lakukan.

Nasihat Di Mina:
Anda wajib memastikan bahawa ketulan batu memang terjatuh ke tempat lontaran dan tidak melontar dengan cara yang tidak sepatutnya.
Elakkan dari melontar kesemua batu-batu secara serantak kerana tindakan sedemikian tidak dikira bagi jemaah Haji cuma ia dikira sebagai satu lontaran sahaja.
Elakkan diri anda dari melontar secara berlawanan dengan susunannya bahkah wajib dimulakan dari Sughra kemudian, Wusta seterusnya Kubra.
Elakkan dari melontar dengan bilangan yang lebih sedikit atau lebih banyak secara sengaja melainkan jika anda telah ragu-ragu di dalam bilangannya.
Jangan lupa berdoa selepas melontar di Jamrah Sughra dan Wusta kerana ia bercanggah dengan sunnah dan meluputkan diri anda dari melakukan kebaikan yang sangat besar.
Jangan berdoa selepas melontar di Jamrah Kubra (Jamrah Aqabah) kerana ia bercanggah dengan sunnah.

Nasihat Di Madinah Munawwarah:
Iltizam dengan sunnah Nabi secara baik dan menetapkannya.
Ketika jemaah Haji dipesan supaya menyampaikan salam kepada Rasulullah s.a.w oleh seseorang maka janganlah kamu berkata Assalamu'alaikum wahai Rasulullah daripada (syeikh, Haji, jurutera atau doktor si Polan) bahkan sebut sahaja namanya kerana tidak ada mana-mana kedudukan di hadapan penghulu segala Rasul s.a.w.
Berusaha untuk mendirikan sembahyang di Raudhah kerana Raudhah adalah merupakan sebahagian dari taman-taman syurga.
Tidak memegang dan mencium dinding maqam.
Berjalan di Madinah dalam keadaan tenang, sopan serta penuh beradab kerana anda berjalan mengikut langkah Nabi s.a.w dan para sahabat.
Tidak sukan atau bercakap dengan kuat di mana mengangkat suara di sisi Rasulullah s.a.w boleh menggugurkan amalan soleh.
Tidak merokok, apabila anda merupakan perokok, berusahalah bersungguh-sungguh untuk berhenti dari merokok di tanah suci kerana tidak sedemikian merupakan perbuatan fasiq terutama di Madinah Rasulullah s.a.w. malah ia juga dianggap sebagai tidak beradab bersama Rasulullah s.a.w

Haji Perempuan Haid dan Nifas:
Apabila seseorang perempuan datang haid atau nifas sedangkan dia berada dalam ihram, dia diharuskan untuk mengerjakan kesemua ibadat Hajinya kecuali tawaf dan saie dan selepas itu digugurkan tawaf qudum daripadanya apabila dia wuquf di Arafah dan dia hendaklah menunggu sehingga suci. Selepas itu dia tawaf Ifadhah dan tawaf wida', seterusnya bersaie sebagai saie Haji. Langkah ini sekiranya dia mengerjakan Haji Ifrad, tetapi sekiranya dia mengerjakan Haji Tamattu' atau Qiran, bererti dia hanya perlu mengerjakan pekerjaan Haji Ifrad dan dia tidak perlu mengerjakan pekerjaan Haji Tamattu' atau Qiran jika dia masih belum suci sebelum wuquf di Arafah. Sekiranya dia suci dia perlu mengerjakan pekerjaan Haji Qiran dan Tamattu'.
Apabila dia wuquf di Arafah sedangkan dia berada dalam keadaan suci, dia wajib mengerjakan tawaf Ifadhah sebelum datang haid supaya tawaf Ifadhah tidak terlewat sehingga selepas suci.
Apabila dia telah mengerjakan tawaf Ifadhah kemudian dia datang haid, dia tidak perlu lagi mengerjakan tawaf Wida', jika dia ingin meninggalkan Mekah sebelum suci.

Perkara Yang Dikhususkan Hanya Untuk Wanita Sahaja:
Terdapat dua belas perkara yang dikhususkan untuk wanita sahaja iaitu:
Wanita diharuskan memakai pakaian yang berjahit di dalam Ihram dengan syarat pakaian tersebut tidak dicelup dengan pewarna seperti pewarna merah, kuning atau oren.
Wanita diharuskan memakai sepasang khuf dan sepasang sarung tangan di sisi mazhab Hanafi sedangkan di sisi mazhab yang lain melarang dari memakai sepasang sarung tangan.
Wanita diwajibkan menutup kepalanya.
Wanita tidak boleh menguatkan suaranya dengan talbiah.
Tidak berlari-lari anak pada tawaf.
Tidak perlu mengikut cara sebagaimana lelaki ketika bersaie di antara dua garisan hijau dan tidak perlu bersegera.
Tidak perlu mencukur rambutnya bahkan memadai dengan mengguntingnya.
Tidak perlu mengucup Hajarulaswad ketika terdapat sekumpulan lelaki malah memadai dengan mengisyaratkan kepadanya sahaja.
Tidak perlu memberi upah kerana meninggalkan tawaf Wida' apabila dia berada dalam keadaan haid.
Tidak perlu memberi upah kerana terlewat tawaf ziarah pada hari-hari menyembelih jika ketinggalan atau kelewatan tersebut disebabkan oleh haid atau nifas.
Dia hendaklah tawaf di kawasan pinggir tempat tawaf.
Tidak wuquf berhampiran dengan Jabal Rahmah dan kedua-dua perintah terakhir ini adalah supaya dia tidak bersesak-sesak dengan lelaki.

Hukum Ziarah dan Kelebihannya:

Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa menziarahi baginda adalah sebesar-besar usaha mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik-baik ketaatan. Orang yang menziarahi juga hendaklah berniat menziarahi masjid baginda kerana baginda telah bersabda bahawa sembahyang di dalamnya lebih baik dari seribu sembahyang di tempat yang lain melainkan Masjidilharam.

Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.:
(Janganlah kamu bersusah payah untuk musafir melainkan ke tiga buah masjid: Masjidilharam, masjidku ini dan Masjidilaqsa).

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
(Sesiapa yang menziarahi maqamku, pasti dia mendapat syafaatku).

Adab-adab Ziarah:

Sepatutnya bagi pengunjung ketika dia menghala ke Madinah Munawwarah, dia banyak mengucapkan selawat dan salam ke atas Nabi serta memohon kepada Allah supaya memanfaatkannya dengan ziarahnya itu dan menerima ziarahnya itu kemudian berdoa:

(اللهم افتح لي أبواب رحمتك، وارزقني في زيارة نبيك (صلى الله عليه وسلم) ما رزقته أولياءك وأهل طاعتك واغفر لي وارحمني يا خير مسؤول).

Dia disunatkan mandi sebelum memasuki Madinah Munawwarah dan memakai pakaian yang paling bersih.

Apabila sampai di pintu masjid baginda s.a.w, dia hendaklah mendahulukan kaki kanannya ketika melangkah masuk dan menggunakan kaki kirinya ketika melangkah keluar.

Dia masuk dengan menuju ke Raudhah (iaitu bahagian di antara mimbar dan maqam Nabi di mana permaidaninya berwarna hijau sedangkan permaidani masjid di bahagian yang lain semuanya berwarna merah). Setelah itu dia mendirikan sembahyang sunat Tahiyyat Masjid kemudian dia datang ke maqam Nabi dan berdiri menghadap muka baginda s.a.w. sekitar empat hasta dari dinding maqam dalam keadaan beradab kemudian memberi salam tanpa menguatkan suaranya cuma cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri, sebagai tanda peradaban bersama baginda s.a.w.

Pengunjung membaca dengan hati yang khusyuk sambil menundukkan muka serta memperlahankan suara dan tidak banyak menggerakkan anggota badan:

(السلام عليك يا رسول الله, السلام عليك يا نبي الله السلام عليك يا حبيب الله, السلام عليك يا خيرة خلق الله, السلام عليك يا صفوة الله, السلام عليك يا سيد المرسلين وخاتم النبيين, السلام عليك يا قائد الغر المحجلين, السلام عليك وعلى أهل بيتك الطيبين الطاهرين, السلام عليك وعلى أزواجك الطاهرات أمهات المؤمنين, السلام عليك وعلى أصحابك أجمعين, السلام عليك وعلى سائر عباد الله الصالحين, جزاك الله يا رسول الله أفضل ما جزى نبياً ورسولاً عن أمته, وصلى الله عليك كلما ذكرك الذاكرون, وغفل عن ذكرك الغافلون. أشهد أن لا إله إلا الله, وأشهد أنك عبده ورسوله, وأمينه وخيرته من خلقه, وأشهد أنك قد بلغت الرسالة, وأديت الأمانة, ونصحت الأمة, وجاهدت في الله حق حهاده).

(Sesiapa yang kesuntukan masa untuk berbuat demikian atau tidak mengingatinya, dia bolehlah membaca sebahagian dari salam ini sahaja).

Jika seseorang memesankannya supaya menyampaikan salam kepada Rasulullah s.a.w dia hendaklah memberi salam secara menyebut: (السلام عليك يا رسول الله من فلان ابن فلان).

Kemudian dia melangkah ke kanan sekadar satu hasta lalu memberi salam kepada Sayidina Abu Bakar r.a dengan berkata:

(السلام عليك يا خليفة رسول الله ، السلام عليك يا صاحب رسول الله في الغار ، السلام عليك يا رفيقه في الأسفار ، السلام عليك يا أمينه على الأسرار ، جزاك الله عن الإسلام والمسلمين خيراً ، اللهم ارض عنه وارض عنا به).

Kemudian dia melangkah ke kanan sekadar satu hasta lalu memberi salam kepada Sayidina Umar r.a. dengan berkata:

(السلام عليك يا أمير المؤمنين، السلام عليك يا من أيد الله به الدين، جزاك الله عن الإسلام والمسلمين خيراً، اللهم ارض عنه وارض عنا به).

Setelah itu dia kembali semula ke Raudhah dan banyak mendirikan sembahyang dan berdoa di sana.

Ziarah Perkuburan Baqi', Syuhada' Uhud dan Masjid Quba':

Sunat keluar ke perkuburan Baqi' pada setiap hari terutamanya tengahari hari Jumaat iaitu selepas memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. Apabila sampai di sana kita memberi salam dengan berkata:
(السلام عليكم دار قوم مؤمنين، وإنا إن شاء الله بكم لاحقون، اللهم اغفر لأهل البقيع، اللهم اغفر لنا ولهم)
Pengunjung juga sepatutnya menziarahi masjid Quba' untuk sembahyang di dalamnya kerana pernah Nabi s.a.w datang ke masjid Quba' dalam keadaan menunggang dan berjalan kaki, baginda mendirikan sembahyang dua rakaat di dalamnya dan yang paling afdhal ialah pada hari Sabtu kerana Rasulullah s.a.w pernah datang ke masjid ini pada setiap hari Sabtu.

Sebagaimana sunat juga menziarahi syuhada Uhud pada hari Khamis terutamanya penghulu syuhada' Hamzah bapa saudara Rasulullah s.a.w.

Sembahyang Di Madinah:

Sunat mendirikan sembahyang semuanya di Masjid Nabi sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:
(Sembahyang di masjidku ini lebih baik dari seribu sembahyang yang dilakukan di masjid yang lain selain Masjidilharam).

Keluar Dari Madinah dan Musafir:

Disunatkan bagi pengunjung apabila dia ingin keluar dan musafir, dia hendaklah meninggalkan masjid Nabi dengan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat dan berdoa dengan doa yang dia inginkan kemudian dia datang ke Raudhah dan memberi salam sebagaimana dia memberi salam sebelum itu serta dia berdoa dengan menyebut sanak saudaranya bersama-sama di dalam doa tersebut dengan penuh tadharru' dan meninggalkan Nabi s.a.w sambil berdoa:

(اللهم لا تجعل هذا آخر العهد بحرم رسولك (صلى الله عليه وسلم) ويسر لي العود إلى الحرمين سبيلاً سهلة بمنك وفضلك وارزقني العفو والعافية في الدنيا والآخرة وردنا سالمين غانمين إلى أوطاننا آمنين).

Seterusnya dia berkata: Kamu bukanlah orang yang ditinggalkan wahai Rasulullah).

Adab-adab Jemaah Haji Dan Umrah Kembali Ke Negerinya:

Sunat dia bertakbir di setiap tanah tinggi sebanyak tiga kali takbir kemudian dia berkata:

(آيبون تائبون عابدون ساجدون لربنا حامدون صدق الله وعده ونصر عبده و هزم الأحزاب وحده).

Dia menghantar berita tentang kepulangannya kepada keluarganya dan janganlah dia pulang secara mengejut kerana perbuatan itu adalah dilarang.

Apabila sampai di tanah airnya dia membaca:

(اللهم إني أسألك خيرها, و خير أهلها, و خير ما فيها, و أعوذ بك من شرها, و شر أهلها و شر ما فيها اللهم اجعل لنا بها قرراً و رزقاً, اللهم ارزقنا جناها, و أعذنا من وباها, و حببنا إلى أهلها, و حبب صالحي أهلها إلينا).

Apabila dia sampai ke kawasan tempat tinggalnya, dia pergi ke masjid kemudian sembahyang sunat sebanyak dua rakaat pada bukan waktu yang dilarang mendirikan sembahyang kemudian dia masuk ke rumahnya dan mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat, memuji Allah s.w.t serta bersyukur di atas taufiq dan hidayatNya.

Disunatkan bagi orang yang bersalam dengan orang yang pulang dari mengerjakan Haji supaya berdoa:
(قبل الله حجك وغفر ذنبك وأخلف نفقتك).

Yang bermaksud: Semoga Allah menerima ibadat Haji kamu dan mengampunkan dosa kamu serta menggantikan perbelanjaan kamu.

Jemaah Haji pula menjawab:
(غفر الله لنا ولكم).

Yang bermaksud: Semoga Allah mengampunkan dosa kami dan dosa kamu semua.
Sepatutnya selepas jemaah Haji pulang dia hidup dalam keadaan yang lebih baik dari sebelumnya kerana ia melambangkan bahawa ibadat Hajinya diterima dan melakukan kebaikan dengan lebih banyak lagi.
Wuquf di Arafah
Maksud Berwuquf:Berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan
Waktu Wuquf: Bermula dari gelincir matahari hari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari 10 Zulhijjah
Waktu Afdal Wuquf:Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah
Syarat Berwuquf: •
Telah berihram dengan niat haji
Seorang yang ahli beribadat (Tidak Gila/Tidak Mabuk/Tidak Hilang Akal Sepanjang Masa)
Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf
Amalan-Amalan Sunat Berwuquf: •
Sembahyang berjemaah
• Bertalbiah
• Berdoa
• Berzikir
• Membaca al-Quran
• Sembahyang-sembahyang sunat

Bermalam (Mabit) di Muzdalifah

Format PencetakPENGERTIAN MABIT
Berada di bumi Muzdalifah sepanjang malam hingga pagi.

ATAU
Berada di bumi Muzdalifah seketika selepas tengah malam.

WAKTU MABIT
Pada malam 10 Zulhijjah

AMALAN-AMALAN SUNAT
1. Berdoa.
2. Berzikir.
3. Sembahyang Sunat.
4. Mengutip Anak-Anak Batu.

PENGECUALIAN MABIT JIKA UZUR
1. Takut terancam keselamatan diri atau harta.
2. Menjaga atau menemani orang sakit.
3. Mencari pekerja atau keluarga yang hilang.
4. Berpenyakit dan sukar bermalam.
5. Terpaksa.

Bicara Haji: Kewajipan ibadat haji bergantung keupayaan perbelanjaan, kesihatan

HAJI pada syarak adalah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat serta menunaikan segala wajibnya.

Umrah pula mengikut syarak adalah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, sai dengan menurut syarat serta menunaikan segala wajibnya.

Cara mengerjakan haji dan umrah

Daripada Zaid bin Thabit, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Mengerjakan haji dan umrah itu dua fardu yang hanya sekali (bagi seseorang Muslim yang cukup syaratnya) boleh dikerjakan yang mana satu dulu (sama ada haji atau umrah).” (Hadis riwayat Addailami)

Pada zahirnya ia membawa beberapa maksud:

i. Sekiranya seseorang itu menunaikan umrah dulu adalah diharuskan, kemudian apabila berkelapangan, menunaikan pula fardu haji.

ii. Menunaikan ibadat haji dalam bulan haji, tetapi ibadat umrah dilaksanakan bukan pada tahun sama. Cara ini dinamakan haji Ifrad mengikut kaedah definisi yang ketiga kerana definisi haji Ifrad ada tiga cara pelaksanaannya.

iii. Yang lebih tepat dan menjurus kepada kehendak hadis itu ialah:

Allah memberi pilihan

i. Sekiranya seseorang itu mengerjakan ibadat haji dulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan umrah pada tahun yang sama maka dinamakan haji Ifrad.

ii. Sekiranya seseorang itu mengerjakan ibadat umrah dulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan ibadat haji pada tahun yang sama dinamakan haji Tamattuk.

Apa yang dapat kita faham melalui hadis ini ialah Allah memberi kelonggaran dan sesuai dengan kehendak Allah yang tidak ada paksaan untuk melaksanakannya, sama ada seseorang itu hendak mengerjakan haji atau umrah dulu, terpulang kepada keselesaan masing-masing.

Sebetulnya, ramai di antara kita sering terperangkap dengan zahir hadis tanpa dapat menyelami apa yang tersirat, yang Allah dan rasul-Nya mahukan untuk difahami, diamalkan dan sebarkan kepada khalayak.

Syarat wajib haji

Sebahagian kita menghantar ibu bapa masing-masing ke Tanah Suci bagi mengerjakan fardu haji dengan menanggung semua kos perbelanjaan haji mereka, sedangkan yang wajib pergi ketika itu ialah kita sendiri, bukan ibu bapa. Syarat wajib haji ditaklifkan oleh Allah ketika itu kepada kita.

Kita faham, apa yang kita lakukan itu salah satu cara sebagai menghargai jasa baik mereka tetapi perlu diingat mereka tidak ditaklifkan.

Berbeza dengan sumbangan daripada anak atas kadar tertentu. Contohnya, anak menyumbang RM2,000 seorang bagi membolehkan ibu bapa mereka menunaikan fardu haji. Pada syarak dengan RM2,000 mereka belum memenuhi syarat wajib haji. Maka, pengagihan itu di kalangan ahli keluarga bagi membolehkan ibu bapa mereka menunaikan fardu haji diharuskan.

Ramai di antara anak memikirkan ibu bapa mereka sudah berusia, eloklah dihantar ke Tanah Suci untuk menunaikan fardu haji. Dikhuatiri ibu bapa mereka meninggal dunia sebelum menunaikan haji hinggakan mereka berasa bersalah.

Dalam keadaan tertentu, Allah memerintahkan boleh dibuat "haji Badal" untuk ibu bapa atau sesiapa saja yang meninggal dunia dengan ganjaran yang besar terhadap kedua-duanya iaitu orang yang mengerjakan Badal haji dan orang yang meninggal dunia yang dibuat Badal haji untuknya.

Bagaimanapun, syarak menetapkan hukum bagi tujuan itu, sekiranya seseorang itu meninggal dunia dan dia berkemampuan ketika hidupnya untuk menunaikan fardu haji, hukumnya wajib dibuat Badal haji untuknya kerana dia dikira masih berhutang dengan Allah.

Sekiranya dia meninggal dunia, sedangkan dia tidak berkemampuan ketika hidupnya, hukumnya adalah harus sama ada dibuat Badal haji untuknya atau tidak.

Jenis haji mengikut niat

Seperkara lagi yang menjadi masalah kepada sebahagian jemaah haji kita, apabila mereka terpilih masuk ke Makkah dulu sebelum wukuf, mereka sarankan supaya mengerjakan haji Ifrad hingga kadang-kadang membebankan diri mereka. Pada hemat saya, kenapa mereka membiarkan orang lain membuat keputusan bagi pihaknya. Keputusan untuk melaksanakan haji jenis apa pun adalah di tangan kita. Orang lain hanya boleh membantu untuk kita membuat keputusan.

Dari segi syarak, sebetulnya Allah tidak memaksa, bahkan memberi pilihan kepada kita berdasarkan kesesuaian masa, kesihatan dan dalam banyak perkara, bergantung kepada keupayaan kita.

Apa yang menjadi masalah ialah kadang-kadang kita sukar untuk melepaskan sesuatu yang afdal untuk semua orang dengan mengambil sesuatu yang diharuskan, sedangkan yang diharuskan oleh Allah kepada semua orang, itulah yang afdal bagi diri kita (bagi kes tertentu).

Maka itu, cuba elakkan daripada melakukan sesuatu yang afdal (untuk semua orang), tetapi apabila kita lakukan juga, sehinggakan akhirnya terpaksa melakukan Tahallul – Ihsar.

Contohnya, seorang wanita yang dijangka didatangi haid dalam tempoh sehari dua lagi telah melakukan yang afdal untuknya, dengan melontar Jamrah Kubra dan bergunting bagi menghasilkan Tahallul-Awwal.

Dia kemudian datang haid selama dua minggu, apa lagi waktu pulang ke Malaysia sudah dekat.

Kebetulan penerbangan tidak ada kekosongan tempat, sedangkan tawaf dan sai haji belum lagi dilakukan. Maka, mahu tidak mahu, beliau terpaksa pulang juga ke Malaysia.

Beliau dikenakan Tahallul-Ihsar dan kena datang lagi pada bila-bila masa untuk menyelesaikan rukun haji yang belum selesai. Ini bermakna masa dan perbelanjaan tambahan juga terseret sama.

Yang cantiknya kalau beliau memberi keutamaan seperti yang dianjurkan oleh syarak iaitu melaksanakan tawaf dan sai haji dulu dan bergunting. (Harus untuk semua orang, tetapi bagi kes seperti ini afdal untuknya).

Tiba-tiba haid datang selepas itu, beliau boleh pulang ke Malaysia mengikut jadual sekiranya ditakdirkan meninggal dunia, beliau sudah mendapat haji.

Sebab itulah Allah sentiasa perintah kita, lakukanlah sesuatu perkara mengikut kemampuan masing-masing. Jangan lakukan ibadat semata-mata ikutan.

Islam itu syumul, tetapi cara atau pendekatan yang diambil kadang-kadang memperlihatkan bagaikan kita tidak berilmu dan tidak bijak mempraktikkan ilmu yang ada walaupun bijak dan berilmu. Wallahualam.

INTI PATI
Ibadat haji dan umrah

Sekiranya seseorang itu menunaikan umrah dulu adalah diharuskan, kemudian apabila berkelapangan, menunaikan pula fardu haji.

Menunaikan ibadat haji dalam bulan haji, tetapi ibadat umrah dilaksanakan bukan pada tahun sama. Cara ini dinamakan haji Ifrad mengikut kaedah definisi yang ketiga kerana definisi haji Ifrad ada tiga cara pelaksanaannya.

Allah memberi pilihan; Sekiranya seseorang itu mengerjakan ibadat haji dulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan umrah pada tahun yang sama maka dinamakan haji Ifrad. Jika seseorang itu mengerjakan ibadat umrah dulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan ibadat haji pada tahun yang sama dinamakan haji Tamattuk.

Perbelanjaan haji adalah tanggungan sendiri. Anak dan cucu sekadar membantu mengikut keihlasan mereka. [BH]Soalan 03
Apakah syarat-syarat dikenakan dam bagi orang yang mengerjakan haji Tamattuk?

Jawapan:

Syarat-syaratnya seperti berikut:-
Ia bukan daripada penduduk Mekah.Ia tinggal ditempat yang jauhnya 2 marhalah atau lebih dari Tanah Haram.
Ia mengerjakan haji dan umrah pada tahun yang sama.
Ia tidak berniat Ihram haji di Miqat bagi penduduk negerinya atau bagi penduduk dari arah mana dia datang masuk ke Tanah Haram untuk mengerjakan haji.
Ia tidak berniat Ihram haji dari tempat yang jaraknya 2 marhalah atau lebih dari Tanah Haram.

Apakah perbezaan haji Ifrad, tamatu' dan qiran?

Jawapan :

Mengerjakan haji cara Ifrad ialah dengan berniat untuk mengerjakan haji dan umrah secara berasingan dimana umrah dikerjakan tidak dalam bulan-bulan haji atau tidak dikerjakan sama sekali.

Mengerjakan haji cara Tamatu' ialah dengan berniat mengerjakan haji dan umrah secara berasingan dimana umrah diniatkan dan dikerjakan dalam bulan-bulan haji dan haji itu diniat dan dikerjakan dalam tahun yang sama juga.

Mengerjakan haji cara Qiran ialah dengan berniat mengerjakan haji dan umrah serentak, pekerjaan kedua-duanya juga dilakukan serentak bersama-sama. Mengerjakan haji cara Ifrad tidak dikenakan dam, mengerjakan haji cara Tamattuk dan Qiran dikenakan dam dengan syarat-syarat yang tertentu.

6
Soal Jawab Umrah dan Haji: Lima syarat dikenakan dam bagi tamattu’

MENGAPA orang yang mengerjakan haji tamattu’ dikenakan dam?

Orang yang mengerjakan haji tamattu’ dikenakan dam kerana beliau mengerjakan umrah dan haji dalam bulan haji pada tahun sama. Dikatakan juga kerana ia bertamattu’ (bersedap-sedap dengan menanggalkan ihram selepas berihram) dalam bulan haji dan tidak keluar ke miqatnya atau ke suatu tempat yang jaraknya sekurang-kurangnya dua marhalah dari Tanah Haram itu untuk berniat ihram haji.

Apakah syarat dikenakan dam bagi orang yang mengerjakan haji tamattu’?

Syarat seseorang dikenakan dam adalah seperti berikut:
# Jemaah bukan daripada penduduk Makkah
# Tinggal di tempat yang jauhnya dua marhalah atau lebih dari Tanah Haram.
# Mengerjakan haji dan umrah dalam bulan haji pada tahun yang sama.
# Tidak berniat ihram haji miqat bagi penduduk negerinya atau bagi penduduk dari arah mana dia datang masuk ke Tanah Haram untuk mengerjakan haji.
# Tidak berniat ihram haji dari tempat yang jaraknya dua marhalah atau lebih dari Tanah Haram.

Sesetengah orang berkata ada antara orang yang mengerjakan haji tamattu’ tidak dikenakan dam, adakah ini benar dan bagaimana?

Benar, ada di antara orang yang mengerjakan haji tamattu’ tidak dikenakan dam sekiranya ia mempunyai salah satu dari lima keadaan berikut:
# Dia adalah penduduk Tanah Haram.
# Dia tinggal di tempat yang jauhnya tidak sampai dua marhalah dari Tanah Haram (91 kilometer atau 56 batu).
# Dia keluar pada miqat untuk berniat ihram haji.
# Dia keluar kepada dua marhalah dari Tanah Haram atau lebih untuk berniat haji di sana, kemudian baru masuk ke Makkah untuk mengerjakan haji.
# Dia mengerjakan umrah bukan di dalam bulan haji.

Bilakah masa sesuai melaksanakan dam tamattu’?

Dam tamattu’ itu boleh dilaksanakan pada bila-bila masa selepas tahallul umrah. Yang afdalnya pada hari nahar (hari raya haji). Tidak harus dilakukan sebelum tahallul daripada umrah dan hendaklah penyembelihan itu dilakukan di Tanah Haram.

Mengapa orang yang mengerjakan haji qiran dikenakan dam?

Sebabnya ialah ia mendapat keuntungan dan kesenangan dari segi amalan. Haji dan umrah hanya dikerjakan dengan sekali serentak iaitu dengan tawaf yang satu, sa’ie yang satu, bercukur atau bergunting yang satu dan juga miqatnya pun satu.

Apakah pula syarat dikenakan dam bagi orang mengerjakan haji qiran.

Syarat-syaratnya seperti berikut:
# Ia bukan penduduk Tanah Haram
# Ia tinggal di tempat yang jaraknya dua marhalah atau lebih dari Tanah Haram
# Ia tidak kembali ke miqatnya atau ke tempat yang jaraknya dua marhalah atau lebih dari Tanah Haram kerana berniat ihram haji.

Apakah sebab-sebab bagi orang yang mengerjakan haji qiran tidak dikenakan dam?

Ada orang yang mengerjakan haji qiran tidak dikenakan dam jika ada salah satu dari keadaan seperti berikut:
# Dia adalah penduduk Tanah Haram
# Tempat tinggalnya tidak sampai dua marhalah dari Tanah Haram (91 kilometer atau 56 batu)
# Dia kembali ke miqatnya atau ke tempat yang jaraknya dua marhalah atau lebih dari Tanah Haram kerana berniat ihram haji (mereka yang memasukkan haji berserta umrahnya). [BH]

6
Soal Jawab Umrah dan Haji: Sunat jika suami isteri bersama ke Tanah Suci

APAKAH persediaan untuk menunaikan fardu haji. Adakah wang perbelanjaan yang cukup menjadi matlamat terpenting dengan tidak mengambil perhatian terhadap perkara lain seperti sembahyang serta wajib, rukun dan cara mengerjakan haji dan perkara lain yang ada hubungan dengannya.

Selain wang perbelanjaan mengerjakan haji, kesihatan dan bekalan yang cukup, bakal jemaah mesti menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai cara hendak mengerjakan ibadat haji itu daripada rukun, wajib, sunat, sah, batal, haram dan sebagainya.

Sahibuzzubad berkata maksudnya: “ Sesiapa yang membuat amalan tanpa ilmu pengetahuan yang betul maka segala amalannya ditolak dan tidak diterima.”

Adakah wang perbelanjaan menunaikan ibadat haji seseorang isteri wajib ditanggung oleh suami.

Wang perbelanjaan naik haji seseorang isteri tidak wajib ditanggung oleh suami kerana ia tidak termasuk dalam nafkah yang wajib atas suami terhadap isteri. Bagaimanapun, sunat seorang suami mengerjakan haji bersama isterinya.

Terangkan dengan jelasnya apa maksud: (i) Rukun haji (ii) Wajib haji

Adakah menjadi kesalahan kepada jemaah haji sekiranya meninggalkan salah satu daripada perkara itu dan andainya berlaku yang demikian itu sama ada secara sedar atau tidak adakah sah hajinya.

Rukun haji ialah pekerjaan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan haji sekiranya salah satu daripada rukun haji itu tidak dikerjakan sama ada sengaja atau terlupa maka ibadat hajinya tidak sah.

Wajib haji ialah perkara atau pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan ibadat itu. Jika tidak dikerjakan salah satu daripada perkara wajib haji, maka hajinya sah tetapi wajib ke atasnya dam serta berdosa jika ditinggalkan yang wajib itu dengan sengaja.

Bagaimana cara mengerjakan haji dan umrah.

Cara mengerjakan haji dan umrah ada tiga iaitu cara Ifrad, Tamattuk dan Qiran.

Apa perbezaan di antara ketiga-tiga cara itu.

Mengerjakan haji cara Ifrad ialah dengan berniat mengerjakan haji dulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan umrah.

Mengerjakan haji cara Tamattuk ialah dengan berniat mengerjakan umrah terlebih dulu kemudian dikerjakan haji dalam tahun itu juga.

Mengerjakan haji cara Qiran ialah dengan berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji dengan mengerjakan amalan haji saja atau berniat mengerjakan umrah saja, tetapi sebelum tawaf berniat mengerjakan haji.

Mengerjakan haji cara Ifrad tidak dikenakan dam. Sementara, mengerjakan haji cara Tamattuk dan Qiran dikenakan dam dengan syarat tertentu.

Haji yang manakah terlebih afdal (baik) di antara haji Ifrad, Tamattuk dan Qiran.

Mengikut Imam Syafie, haji Ifrad adalah lebih afdal sekiranya umrah dikerjakan selepas haji pada tahun itu juga, kemudian Tamattuk dan Qiran.

Untuk mengerjakan haji Ifrad adakah seorang itu mesti pernah menunaikan fardu haji.

Tidak

Seorang membuat umrah dalam bulan haji kemudian dia keluar semula ke miqat untuk berihram haji seperti ke Bir Ali di Madinah. Adakah haji cara ini dikatakan haji Ifrad atau Tamattuk dan adakah diwajibkan dia membayar dam.

Cara ini dinamakan haji Tamattuk tetapi tidak wajib di atasnya membayar dam kerana dia berniat ihram di miqat. [BH]

SOAL JAWAB:
Tidak sah dahulukan sa'ie sebelum tawaf

? Apakah hukum melakukan sa'ie umrah dulu daripada tawaf kerana tidak tahu di mana tempat tawaf.

Jemaah haji melakukan sa'ie dulu daripada tawaf adalah tidak sah.

? Apakah makna hari Tarwiyah.

Hari Tarwiyah ialah hari kelapan Zulhijjah. Pada hari inilah jemaah haji biasanya bertolak ke Arafah untuk berwuquf.

? Seorang yang berniat haji Ifrad semasa berangkat ke Arafah, adakah
disunatkan ia mengulangi niat hajinya.

Tidak disunatkan mengulangi berniat ihram haji bahkan memadai dengan
niat yang dibuatnya semasa di miqat.

? Apakah yang dikatakan wuquf di Arafah?

Wuquf itu ialah berada di Arafah walau satu saat sekalipun. Waktunya
mulai dari masa gelincir matahari hari kesembilan Zulhijjah hingga terbit
fajar pagi hari ke-10 Zulhijjah.

? Sebutkan syarat berwuquf di Arafah.

Syarat berwuquf di Arafah adalah seperti berikut:
Berihram dengan niat haji
Seorang ahli bagi beribadat (tidak gila, pitam atau mabuk yang hilang akal sepanjang masa)
Berada di Arafah walaupun seketika dalam waktu wuquf.

? Apakah hukum jemaah haji yang berada di Arafah kemudian meninggalkan
Arafah sebelum tenggelam matahari 9 Zulhijjah di atas sesuatu sebab.

Harus meninggalkan Arafah sebelum tenggelam matahari pada 9 Zulhijjah dan sah wuqufnya.

? Seorang jemaah haji tidak sedarkan diri ketika wuquf di Arafah,
tetapi selepas dibawa keluar dari Arafah tiba-tiba dia sedar, apakah
hukum hajinya.

Jemaah haji yang tidak sedar diri (pengsan) dan luput wuquf di Arafah
tidak ada haji baginya. Jemaah haji itu hendaklah Tahallul dengan amalan
umrah dan wajib qada pada tahun berikutnya dan dikenakan dam luput wuquf
(tertib dan taqdir).

? Apakah hukumnya jemaah haji yang luput mabit di Muzdalifah disebabkan
menunggu bas di Arafah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

Luput bermalam (mabit) di Muzdalifah dengan sebab menunggu bas atau
kenderaan tidak dikenakan dam dan tidak berdosa kerana ia dikirakan uzur.

? Bolehkah batu lontaran itu dikutip lebih awal (sebelum 10 Zulhijjah)
sama ada di Muzdalifah atau Mina dan dibawa ke Makkah sebelum digunakan
untuk melontar jamrah.

Boleh tetapi ia menyalahi sunnah.

? Bolehkah membawa batu untuk melontar dari Malaysia dan adakah sah
lontaran menggunakan batu itu?

Hukumnya memang sah tetapi makr

Nota Haji

Wuquf di Arafah
Maksud Berwuquf:Berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan
Waktu Wuquf:Bermula dari gelincir matahari hari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari 10 Zulhijjah
Waktu Afdal Wuquf:Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah
Syarat Berwuquf:Telah berihram dengan niat haji
• Seorang yang ahli beribadat (Tidak Gila/Tidak Mabuk/Tidak Hilang Akal Sepanjang Masa)
• Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf
Amalan-Amalan Sunat Berwuquf: •
Sembahyang berjemaah
• Bertalbiah
• Berdoa
• Berzikir
• Membaca al-Quran
• Sembahyang-sembahyang sunat

Bermalam (Mabit) di Muzdalifah

PENGERTIAN MABIT
Berada di bumi Muzdalifah sepanjang malam hingga pagi.

ATAU
Berada di bumi Muzdalifah seketika selepas tengah malam.

WAKTU MABIT
Pada malam 10 Zulhijjah

AMALAN-AMALAN SUNAT
1. Berdoa.
2. Berzikir.
3. Sembahyang Sunat.
4. Mengutip Anak-Anak Batu.

PENGECUALIAN MABIT JIKA UZUR
1. Takut terancam keselamatan diri atau harta.
2. Menjaga atau menemani orang sakit.
3. Mencari pekerja atau keluarga yang hilang.
4. Berpenyakit dan sukar bermalam.
5. Terpaksa.

Bicara Haji:

Kewajipan ibadat haji bergantung keupayaan perbelanjaan, kesihatan

HAL-HAL YANG BERHUBUNGAN DENGAN HAJI DAN UMRAH

HAL - HAL YANG BERHUBUNGAN DENGAN HAJI DAN UMRAH

Ada tiga cara orang mengerjakan Haji dan Umroh itu, yaitu:
Mengerjakan ihram untuk Umroh pada bulan-bulan Haji (yaitu mulai dari hari pertama bulan Syawal sampai terbit fajar pada hari kesepuluh bulan Dzulhijjah)lalu bertahallul. Kemudian berihram untuk haji dari Mekkah dan sekitarnya pada hari Tarwiyah (tanggal 8 Dzulhijjah) pada tahun umrahnya tersebut (pada waktunya, mengerjakan Haji sampai selesai). Haji cara ini disebut HAJI TAMATTU'.
Mengerjakan Haji dan Umroh secara bersama-sama sekaligus pada bulan-bulan haji, sampai selesai Haji cara ini disebut HAJI QIRON.
Mengerjakan Haji saja pada waktunya sampai selesai, kemudian sesudah itu mengerjakan Umroh kalau mau, berihram untuk haji pada bulan-bulan haji dari miqat, (atau dari rumahnya bagi yang tinggal di daerah antara miqat dan Mekkah, atau dari Mekkah bagi yang tinggal disana), kemudian dia tetap dalam keadaan ihram sampai hari Nahar, (apabila ia membawa hadyu/hewan sembelihan besertanya, kalau tidak maka dianjurkan baginya untuk merubah niat hajinya kepada umrah, menjadi haji tamattu, kemudian ia melakukan tawaf lalu sa'i dan memendekkan rambutnya, kemudian tahallul, sebagaimana yang telah diperintahkan Nabi saw, apabila tidak membawa hadyu) . Haji cara ini disebut HAJI lFROD.

IBADAH UMRAH
1. Apabila anda telah sampai di miqat, maka disunatkan membersihkan badan, mandi dan memakai wangi-wangian jika hal itu memungkinkan, kemudian kenakanlah pakaian ihram (sarung dan selendang). Dan lebih utama apabila berwarna putih. Bagi wanita boleh mengenakan pakaian yang ia sukai, asal tidak menampakkan perhiasan. Kemudian berniat ihram untuk umrah seraya mengucapkan talbiyah :

LABBBAIK ALLAAHUMMA LABBAIK,
LABBAIKA LAA SYARIIKA LAKA LABBAIK,
INNAL HAMDA WAN NI'MATA LAKA WAL MULK, LAA SYARIIKA LAK

Aku datang memenuhi panggilanMu ya Allah, aku datang memenuhi panggilanMu.
Tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, aku penuhi panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan kebesaran adalah untukMu semata.
Segenap kerajaan untukMu. Tidak ada sekutu bagiMu.
Bagi kaum pria hendaknya mengucapkan talbiyah ini dengan suara keras, sedangkan bagi wanita hendaknya mengucapkan dengan suara pelan. Kemudian perbanyaklah membaca talbiyah, dzikir dan istighfar serta menganjurkan berbuat baik dan mencegah kemungkaran.
2. Apabila anda telah sampai di Mekkah, Maka lakukanlah tawaf di Ka'bah sebanyak tujuh kali putaran, anda mulai dari Hajar Aswad sambil bertakbir dan anda sudahi di Hajar Aswad itu pula. Dan bacalah dzikir serta do'a yg disyariatkan. Disunatkan bagi anda membaca di setiap kali putaran antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad :

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari siksaan api neraka".
Kemudian setelah tawaf, lakukanlah salat dua raka'at di belakang makam Ibrahim walaupun agak jauh dari tempat tersebut jika hal itu mungkin. Dan jika tidak, maka lakukanlah di tempat lain di dalam Masjid.
3. Kemudian keluarlah menuju Safa, sambil membaca (disunatkan),
INNASH SHAFA WAL MARWATA MIN SYA'AA 'IRILLAAH
Sesungguhnya Shafa dan Marwah itu adalah diantara syiar-syiar Allah
dan naiklah ke atasnya sambil menghadap Ka'bah, sambil mengangkat kedua tangan, dan bacalah do'a serta ulangilah setiap do'a tiga kali,'sesuai dengan sunnah Resulullah saw., dan ucapkanlah:
ALLAAHU AKBAR, ALLAAHU AKBAR, ALLAAHU AKBAR.
LAA ILAAHA ILLALLAAH, WAHDAHUU LAA SYARIIKALAH. LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYA'IIN QADIIR. LAA ILAAHA ILLALLAAH WAHDAHU ANJAZA WA'DAHUU WANASHARA 'ABDAHUU WAHAZAMAL AHZAABA WAHDAH
Allah maha agung, Allah maha agung, Allah maha agung. Tiada Tuhan kecuali Allah yang tunggal tiada sekutu bagiNya.BagiNya kerajaan dan puji-pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Tiada Tuhan kecuali Allah yang memenuhi janji-janjiNya dan yang menolong hambaNya serta menghancurkan musuh-musuh dengan sendirinya
Ucapkanlah bacaan tersebut tiga kali, dan tak mengapa apabila anda baca kurang dari bilangan itu. Kemudian turunlah dan lakukanlah sa'i umrah sebanyak tujuh kali putaran dengan berjalan cepat (raml/lari lari kecil) diantara tanda hijau, dan berjalan biasa sebelum dan sesudah tanda tersebut, kemudian naiklah anda keatas Marwah , dan bacalah sebagaimana yang anda lakukan di Safa. Dalam tawaf ataupun sa'i, tidak ada bacaan dzikir wajib yang khusus untuk itu, Akan tetapi dibolehkan bagi yang melakukan tawaf atau sa'i untuk membaca dzikir dan do'a atau bacaan Al-qur'an yang mudah baginya. dengan mengutamakan bacaan - bacaan dzikir dan do'a yang bersumber dari tuntunan Rasul saw.
4. Bila anda telah selesai melakukan sa'i, maka cukurlah dengan bersih atau pendekkan rambut kepala anda. Dengan demikian selesailah umrah anda dan selanjutnya anda diperbolehkan melakukan hal-hal yang tadinya menjadi larangan ihram. Apabila anda melakukan haji Tamattu', maka wajib bagi anda menycmbelih kurban pada hari nahr, yaitu seekor kambing atau sepertujuh onta/sapi. Jika anda tidak mendapatkannya, maka anda wajib melakukan puasa sepuluh hari; tiga hari di waktu haji, dan tujuh hari setelah anda pulang ke keluarga anda. Dan lebih utama, anda lakukan puasa tiga hari itu sebelum hari Arafah. Jika anda melakukan haji Tamattu' atau Qiran.

IBADAH HAJI
1. Jika anda melakukan haji lfrad atau Qiran, hendaklah anda berihram dari miqat yang anda lalui. Dan jika anda tinggal di daerah miqat, maka berihramlah menurut niat anda dari tempat tersebut. Dan jika anda melakukan haji Tamattu', maka berihramlah dari tempat tinggal anda hari Tarwiyah, yaitu pada tgl. 8 Dzu-l-Hijjah. Mandilah dan pakailah wangi-wangian lebih dahulu sekiranya hal itu memungkinkan, kemudian kenakanlah pakaian ihram, lalu berniatlah dengan membaca talbiyah!
"Ku sambut panggilanMu untuk menunaikan haji, Ku sambut pannggilanMu ya Illahi, ku sambut panggilanMu. Ku sambit panggilanMu, Kau yang tiada sekutu bagiMu, ku sambut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji, ni'mat dan kerajaan adalah milikMu. tiada sekutu bagiMu".
2. Kemudian keluarlah menuju Mina, lakukanlah salat Zhuhur, Asar, Maghrib, lsya' dan subuh disana, dengan cara mengqasar salat yang empat raka'at (Zhuhur, Asar dan lsya') menjadi dua raka'at pada waktunya masing-masing.
3. Apabila matahari telah terbit pada hari kesembilan Dzu-l-Hijjah (esoknya), maka berangkatlah anda menuju Arafah dengan tanpa tergesa-gesa, dan hindarilah jangan sampai mengganggu sesama jama'ah haji. Dan di Arafat lakukanlah salat Zhuhur dan Asar dengan jama' taqdim dan Qasar, dengan satu kali adzan dan dua iqamat.Tentang wukuf ini, anda harus yaqin bahwa anda benar-benar telah berada di dalam batas Arafah (bukan di luarnya). Dan perbanyaklah disini dzikir dan do'a, sambil menghadap kiblat dan mengangkat kedua tangan, mencontoh apa yang dilakukan Rasulullah saw. Padang Arafah seluruhnya merupakan tempat wukuf, dan hendaklah anda tetap berada disana hingga terbenam matahari.
4. Apabila matahari telah terbenam, berangkatlah menuju Muzdalifah dengan tenang sambil membaca talbiyah, dan hindarilah jangan sampai mengganggu sesama muslim. Sesampainya anda di Muzdalifah, lakukanlah salat Maghrib dan lsya' dengan jama' dan qasar. Dan hendaklah anda menetap disana hingga anda malakukan salat Subuh. Setelah selesai salat Subuh perbanyaklah do'a dan dzikir hingga hari tampak mulai terang, mengikuti tuntunan Rasulullah saw.
5. Kemudian berangkatlah sebelum matahari terbit menuju Mina sambil membaca talbiyah. Bagi yang berudzur seperti wanita dan orang-orang yang lemah, boleh berangkat menuju Mina pada malam itu juga setelah lewat pertengahan malam. Dan pungutlah di Muzdalifah batu-batu kecil (kerikil) untuk melempar Jumrah (Batu untuk lempar tiga jumrah dapat diambil pula dari tanah haram; Mekkah, Muzdalifah, Mina).
6. Apabila anda lelah tiba di Mina, lakukanlah hal-hal berikut ini: Lemparlah Jumrah Aqabah, yaitu Jumrah yang terdekat dari Mekkah, dengan tujuh batu kecil secara berturut-turut sambil bertakbir pada setiap kali lemparan, lakukan lempar jumrah dengan tenang. Sembelihlah kurban jika anda berkewajiban melakukannya, dan makanlah sebagian dagingnya, serta berikan sebagian besarnya kepada orang-orang fakir. Bercukurlah dengan bersih atau pendekkan rambut anda, akan tetapi lebih utama bagi anda adalah mencukur bersih. Sedang bagi wanila cukup menggunting ujung rambutnya kira-kira sepanjang ujung jari. Lebih utama jika ketiga perkara ini dilakukan secara tertib. Namun tak mengapa bagi anda jika anda terlanjur dahulukan yang satu atas yang lain.
Apabila anda telah selesai melempar dan mencukur, berarti anda telah melaksanakan tahallul Awal. Dan selanjutnya anda boleh mengenakan pakaian biasa dan melakukan hal-hal yang tadinya menjadi larangan ihram, kecuali berhubungan dengan isteri.
7. Kemudian berangkatlah menuju Mekkah dan lalakukanlah tawaf Ifadah setelah itu lakukanlah sa' i jika anda melakukan haji Tamattu', ataupun anda melakukan haji Qiran atau Ifrad, akan tetapi anda belum melakukan sa'i setelah tawaf qudum. Dengan demikian anda diperbolekan mengadakan hubungan dengan isteri. Tawaf Ifadhah ini boleh diakhirkan melakukannya sampai lewat hari-hari Mina dan menuju Mekkah setelah melempar seluruh Jumrah.
8. Setelah tawaf Ifadhah pada hari Nahr, kembalilah ke Mina. Bermalamlah di sana pada malam hari tasyriq, yaitu tgl. 11. 12 dan 13 (Nafar Ts�ani), dan tak mengapa jika anda bermalam hanya dua malam saja (Nafar Awal).
9. Lemparlah ketiga Jamrah selama anda menetap dua atau tiga hari di Mina, setelah matahari tergelincir; anda mulai dari Jumrah Ula, yaitu yang terjauh jaraknya dari Mekkah, kemudian Jumrah wusta (tengah), dan selanjutnya Jumrah Aqabah; setiap Jamrah dengan tujuh batu kecil secara berturut turut sambil bertakbir pada setiap kali lemparan.Jika anda menghendaki untuk menetap selama dua hari saja, hendaklah anda meninggalkan Mina sebelum matahari terbenam di hari kedua itu. Dan jika ternyata matahari telah terbenam sebelum anda keluar dari batas Mina, maka hendaklah anda ber malam lagi pada malam hari ketiganya, dan melempar ketiga Jumrah di hari ketiga itu. Dan yang lebih utama hendaknya anda bermalam pada malam ketiga tersebut. Bagi yang sakit atau yang lemah. boleh mewakilkan kepada orang lain untuk melempar Jumrah Dan bagi yang mewakili boleh melempar untuk dirinya sendiri terlebih dahulu, kemudian untuk yang diwakilinya pada satu tempat Jumrah.
10. Apabila anda hendak kembali ke kampung setelah menyelesaikan segala amalan haji, lakukanlah tawaf wada'. Dan tiada kemurahan untuk meninggalkan tawaf wada' ini, kecuali bagi wanita yang sedang datang bulan (haidh) dan yang baru melahirkan (nifas).

Selasa, 7 Oktober 2008