>
> Apabila anda berazam untuk mengislamkan dengan tulin seluruh
>hati budi anda maka saudara harus mengikut beberapa jalan dan cara
>orang-orang terdahulu yang telahpun mendapat kurnia dan keredhaan
>Allah. Salah satu dari cara yang telah dilakukan oleh Rasulullah
>dalam membentuk diri dan sahabat beliau pada tahap-tahap awal ialah
>sembahyang malam.
>
> Sembahyang malam itu memang sukar dikerjakan. Tetapi kesannya
>amat baik dalam menjernihkan hati seseorang. Ia dapat memupuk
>kecintaan kepada Allah dan meningkatkan kerohanian, membekalkan
>mujahid dakwah dengan semangat dan keikhlasan.
>
> Mujahid dakwah adalah orang yang sentiasa menghulurkan
>baktinya kepada masyarakat. Ia mengajukan kepada masyarakat limpahan
>ilmu, amal dan usapan rohaniah yang tinggi. Sebab itu ia harus
>memiliki limpahan rohaniah itu. Sebab "Faqidusy Syaaii Laa Yu'th".
>
>1.Keutamaam Qiamulaill
>
>a) Dalil Al-Quran
>
>Allah menyanjung dan memuji hamba-hambanya yang bangun bersembahyang
>pada waktu malam dengan firmaNya (Surah Adz Dzariyat: 15-16).
>
>"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman
>(Syurga) dan dimata-mata air. Sambil mengambil apa yang diberikan
>kepada mereka oleh tuhan mereka. Sesungguhnyaa mereka sebelum itu
>didunia adalah orang-orang yang berbuat baik."
>
>Mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan diakhir-akhir malam
>mereka memohon ampun (kepada Allah).
>
>Allah telahpun memerintahkan junjungan besar kita Nabi Muhammad agar
>mengerjakannya. Kiranya beliau akan mendapat tempat yang tinggi
>dihari kiamat kelak. Dalam surah Al-Isra' ayat : 79, Allah berfirman:
>>
>"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajjudlah kamu
>sebagai suatu ibadah tambahan bagi mu, mudah-mudahan Tuhan mengangkat
>kamu ke tempat yang terpuji."
>
>Hamba-hamba Allah yang soleh yang dipuji oleh Allah sering dikaitkan
>dengan ketekunan mereka mengerjakan sembahyang malam. Dan hamba-hamba
>yang baik dari tuhan yang maha penyayang itu (ialah) orang-orang yang
>berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang
>jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung)
>keselamatan.
>>
>"Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk
>Tuhan mereka". (Al-Furqan : 64)>
>
>" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami,
>adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami,
>mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang
>mereka tidak menyombongkan diri."
>>
>"Lambang mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa
>kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan
>sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka".
>
>"Seorang pun tidak mengetahui ada yang disembunyikan untuk mereka
>iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai
>balasan terhadap apa yang mereka kerjakan."
>>
>
>Allah menempelak orang-orang kafir dengan firmanNya:
>"(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang
>yang beribadat diwaktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang
>ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?
>Katakanlah : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-
>orang yang tidak mengetahui?. Sesungguhnya orang yang berakallah yang
>dapat menerima pelajaran".
>(Azzumar : 9)
>
>
>b) Dalil Hadis
>
>Rasulullah telah meninggalkan pesanannya kepada pejuang Islam khasnya
>dan umat Islam amnya agar melaksanakan amalan ini. Beliau telah
>meninggalkan banyak yang menerangkan keutamaan sembahyang malam dan
>betapa faedahnya amat besar dalam membentuk peribadi seseorang.
>
>Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda:
>
>"Jika seseorang itu tidur maka syaitan menyimpulkan dibelakang
>kepalanya dengan tiga simpulan. Tiap simpulan itu ia kuatkan dengan
>bisikan tidurlah malam mu masih panjang lagi. Jika ia terjaga dan
>mengingat Allah maka terbukalah satu simpulan. Apaabila ia berwudhu'
>terbukalah satu simpulan lagi. Apabila ia sembahyang maka terhurailah
>simpulan itu semuanya. Maka iapun cergas diwaktu pagi dan baik hari".
>
>Abu Hurairah meriwayatkan lagi sabda Rasulullah SAW:
>
>"Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan, puasa bulan Allah, iaitu
>bulan Muharram. Sebaik-baik sembahyang selepas fardhu ialah
>sembahyang malam".
>(Riwayat Muslim, Abu Daud, Attermizi, Arrasai dan Ibnu Khuzaimah).
>
>Abdullah bin Salam r.w menceritakan: Sewaktu Rasulullah mula-mula
>sampai di Madinah maka ramai bergegas keluar menyambut ketibaan
>beliau. Antara orang banyak itu, aku pun ikut memerhati. Apabila aku
>amat-amati wajah beliau dengan teliti maka yakinlah aku bahawa
>wajahnya bukan wajah pendusta. Perkataannya yang mula-mula ku dengar
>ialah:
>
>"Wahai saudara-saudara sebarkanlah salam (kesejahteraan), berilah
>makan (para fakir, berhajat dan orang-orang amnya). Hubungkan
>silaturrahim (persaudaraan), dan sembahyanglah malam sewaktu orang
>tidur lena, kelak kamu masuk syurga dengan sejahtera". (Riwayat
>Attarmizi)
>
>Dari Abdullah bin Amru r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Di dalam
>syurga ada suatu tempat penginapan yang keindahannya luarnya boleh
>dilihat dari dalam dan keindahan dalamnya boleh dilihat dari luarnya.
>Abu Malik Al asy'aary lantas bertanya: Untuk siapakah bilik itu wahai
>Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW bagi orang yang baik tutur kata
>(nya), yang memberi makan (pemurah) dan bersembahyang malam ketika
>orang lain tidur.
>
>Abu Hurairah pernah menyatakan kepada Rasulullah SAW:
>
>"Wahai Rasuilullah s.a.w. bila saya melihat engkau, hati saya
>tenteram dan riang. Cubalah ceritakan segala-galanya kepada saya?…
>Rasulullah SAW pun berkata: "Segala sesuatu dijadikan dari air. Aku
>bertanya lagi. Ceritakanlah kepada saya, perbuatan yang jika saya
>lakukan saya akan masuk syurga. Jawab Rasulullah SAW.
>
>"Berilah makan, sebarkanlah saalam, sambungkan silaturrahim dan
>sembahyanglah malam dikala orang lain tidur, kelak engkau akan masuk
>syurga dengan sejahtera". (Riwayat Ahmad Ibnu Abiddunia Ibnu Habbar
>dan Hakim)
>
>Dari Asma Binti Yazid menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
>
>"Dihari kiamat kelak, manusia dihimpunkan pada suatu tempat. Kemudian
>(Malaikat) menyeru dan bertanya. Manakah orang-orang yang tidak betah
>lambungannya ditempat tidur (kerana mengingati Allah)? Maka tampillah
>segolongan kecil sahaja dari mereka, lalu dimasukkan ke dalam syurga
>tanpa perhitungan. Kemudian manusia-manusia lain dikerah untuk
>diperhitungkan (amalan masing-masing). (Riwayat Baihaqi).
>
>Dari Abdullah Bin Amr Ibnul `Aash bahawaa Rasulullah SAW telah
>bersabda:
>
>"Sembahyang yang amat disukai oleh Allah ialah sembahyang Nabi Daud.
>Puasa yang paling disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud. Ia tidur
>separuh malam. Ia bersembahyang sepertiganya, dan tidur pula
>seperenamnya. Beliau puasa sehari dan buka pada hari berikutnya
>(puasa berselang hari)".
>
>Jabir mengatakan bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
>
>"Pada malam hari ada suatu saat jika seseorang muslim menepati saat
>itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia atau akhirat
>nescaya Allah akan memakbulkan doanya. Hal ini ada pada tiap malam.
>(Riwayat Muslim)
>
>SEMBAHYANG MALAM AMALAN ORANG SALEH
>
>Dari Umamah Al Bahili dari Rasulullah SAW:
>
>"Hendaklah kamu melazimkan (Qiamulaill) sembahyang malam. Sebab itu
>adalah amalan orang-orang saleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu
>dengan Tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan
>dosa." (Riwayat Attarmizi)
>
>Dalam riwayat Salman Al Farisi ditambah lagi dengan faedah lain
>iaitu: "Ia dapat menghilang penyakit dari dalam tubuh". (Atthhabrani)
>
>SEMBAHYANG MALAM SUMBER RAHMAT
>
>Dari Abi Hurairah bahawa Rasulullahn SAW bersabda: Allah merahmati
>orang yang bangun pada malam dan mengejutkan isterinya untuk
>sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air diwajahnya.
>Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan
>mengejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya enggan (liat)
>untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya. (Riwayat Abu Daud)
>
>MARTABAT ZAKIRIN ZAKIRAT
>
>Abu Hurairah dan Abu Said meriwayatkan sabda Rasulullah SAW: "Jika
>seorang suami mengejutkan isteri (Keluarganya) diwaktu malam dan
>bersembahyang (walau dua rakaat mereka ditulis dalam
>golongan `Zakirin dan Zakirat')." (Riwayat Abu Daud)
>
>Dalam hadis lain Rasulullah SAW menjelaskan bahawa: "Keutamaan
>sembahyang malam dari sembahyang siang adalah seperti keutamaan
>bersedekah secara senyap-senyap dari bersedekah terang-terang."
>(Riwayat Thabrani)
>
>Berkata Samrah Bin Jundub: Rasulullah SAW menyuruh kita sembahyang
>malam, baik sedikit atau banyak dan supaya ditamatkan sembahyang
>tersebut dengan "witir". (Riwayat Thabrani dan Bazzaz).
>
>AMALKAN WALAUPUN SEDIKIT
>
>Iyaas Bin Mu'awiyah Al Muzni meriwayatkan bahawa Rasulullaah SAW
>bersabda: "Tidak boleh tidak harus dikerjakan sembahyang malam
>meskipun (masanya) sekadar memerah susu seekor kambing. Dan (waktu
>selepas sembahyang Isya' itu dikira sebagai (waktu) malam".
(Thabrani)
>
>Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah SAW menyuruh dan menggalakkan umatnya
>sembahyang malam, hinggakan beliau pernah bersabda: Hendaklah kamu
>(melazimkan sembahyang malam walaupun (sekadar) satu rakaat.
>(Thabrani)
>
>BEROLEH KEMULIAAN
>
>Sahi Bin Saad r.w. menerangkan (pada suatu ketika) Jibril datang
>menemui Rasulullah SAW sambil; mengingatkaan beliau: wahai Muhammad,
>hiduplah semahumu namun engkau pasti mati. Berbuatlah (apa sahaja)
>sekehendak mu. Sesungguhnya perbuatan mu akan dibalas. Cintailah
>siapa juga yang engkau mahu, namun engkau pasti berpisah juga
>dengannya. Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin itu pada
>bersembahyang malam dan kehormatan (harga) dirinya ialah dengan tidak
>meminta-minta pada orang lain. (Thabrani)
>
>Dari Ibnu Abbas: "Semulia-mulia umatku ialah Hamalatul al-Quran dan
>orang-orang yang melazimi sembahyang malam".
>
>Orang yang sembahyang malam ini maksudnya ialah yang beribadah dengan
>tahajjud, zikir dan istighfar. Manakala Hamalatul Quran pula ialah
>orang-orang yang hafal Quran, menurut suruhannya, mengelak atau
>meninggalkan larangannya. Tidak membaca al-Quran ditempat-tempat yang
>menjatuhkan martabatnya disamping mereka menunjukkan contoh tauladan
>yang baik.
>
>Amru Bin `Utbah pernah mendengar sabda Rasulullah SAW bahawa:
>
>"Masa yang seseorang hamba Allah itu paling hampir denganNya ialah
>dilarut-larut malam. Maka seandainya engkau mampu ikut serta menjadi
>orang yang mengingati Allah ketika itu maka jadilah (seperti
>mereka)". (Riwayat Tarmizi).
>
>TANDA MENJADI KEKASIH ALLAH
>
>Abu Dardar' meriwayatkan sabda Rasulullah SAW: "Tiga orang, Allah
>kasihkan kepada mereka, Allah gemar/gembira dan beristibsyar dengan
>mereka. Orang yang pasukannya hampir kalah tetapi terus berperang
>(menggadaikan) nyawanya demi Allah SWT. Tekadnya ialah samada ia
>terkorban (syahid) atau dimenangkan oleh Allah dan diselamatkan
>olehNya. Sehingga Allah berkata: "Lihatlah kalian kepada hamba Ku
>ini, demikian sabarnya dia demi Aku."
>
>Orang yang punya isteri yang rupawan, tilam yang empuk nyaman namun
>ia bangun sembahyang malam. Allah sampai berkata Demikian sekali ia
>sanggup meninggalkan nafsu syahwatnya dan mengingati Aku, padahal
>jika ia mahu ia boleh terus tidur.
>
>Dan orang yang dalam perjalanan bersama teman-teman. Mereka berjaga
>(kerana perjalanan), kemudian mereka tidur, namun ia bangun
>bersembahyang di larut malam dengan payah atau mudah.(thabrani)
>
>KE ARAH MENGAMALKANNYA
>
>2. Tidur Dalam Thaharah (Suci)
>
>Jika saudara ingin mengerjakan sembahyang malam maka sayugianya
>saudara tidur dalam keadaan suci bersih. Kebersihan saudara
>mengundang para Malaikat bersama saudara. Ingatlah Ibnu Umar pernah
>meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:
>
>Barangsiapa yang tidur dalam keadaan bersih, maka Malaikat ikut tidur
>diselimutinya. Tiap ia terjaga Malaikat tersebut mendoakan Ya Allah
>ampunkanlah dosa hamba Mu si polan. Sesungguhnya ia tidur dalam
>thaharah. (riwayat Ibnu Habban)
>
>Muaz bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
>
>Allah pasti memakbulkan orang yang tidur dalam kebersihan kemudian
>terjaga dan memohon kepada Allah kurnia kebaikan di dunia dan di
>akhirat. (riwayat Abu Daud)
>
>Mengikut Ibnu Abbas Rasulullah SAW pernah bersabda:
>
>Bersihkanlah tubuh badan ini nescaya Allah akan mensucikan kamu.
>Sesungguhnya jika seseorang hamba (Allah) tidur dalam keadaan bersih
>nescaya tidurnya diselimuti Malaikat. Tiap tergulung (ke kiri atau ke
>kanan) Malaikat tersebut berdoa: Ya Allah, ampunkanlah hamba Mu ini
>kerana ia tidur dalam keadaan bersih. (Riwayat Thabrani)
>
>Abi Umamah mengatakan beliau pernah mendengar Rasulullah SAW
bersabda:
>
>Barangsiapa yang merebahkan diri di tempat tidurnya dalam keadaan
>bersih dan mengingati Allah sehingga ia mengantuk (dan tertidur) maka
>apa saja yang ia mintanya dari kebaikan dunia dan akhirat apabila ia
>terjaga dari tidur tersebut (dan berdoa) maka dikabulkan oleh Allah."
>(riwayat At-Tarmizi)
>
>Waktu Qiamullail
>
> Para fuqaha menjelaskan waktunya ialah di awal malam atau di
>pertengahan malam dan di penghujungnya asalkan selepas solat Isya',
>iaitu sesudah bangun tidur walaupun sebentar.
>
>Waktu yang afdal ialah sepertiga yang terakhir malam.
>
>Abu Hurairah meriwayatkan sabda Nabi SAW: "Tuhan kita Azzawajalla
>tiap malam turun ke langit dunia apabila telah tinggal sepertiga
>terakhir daripada malam. Kemudian Allah berkata: "Siapakah yang (ada)
>berdosa kepada Ku untuk Ku perkenankan, siapakah pula yang meminta
>kepada Ku supaya Ku berikan dan (adakah) siapa yang memohon ampun
>kepada Ku agar Ku ampunkan dosanya." (riwayat Jama'ah)
>
>Tuntutan dan Adab Qiamullail
>a) Niat - Jika seseorang hendak bangun sembahyang malam maka
>hendaklah ia meniatkan yang demikian itu sebelum tidur. Jika kelak ia
>terjaga dan bangun maka itu adalah rahmat Allah. Jika ia tidak
>terjaga sedangkan tadinya ia telah berniat maka Allah akan tuliskan
>pahala seolah-olah ia mengerjakannya. Abu Darda' meriwayatkan sabda
>Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang merebahkan di tilamnya dengan niat
>bangun malam untuk mengerjaklan sembahyang maka ia nyenyak sampai
>Subuh, maka dituliskan untuknya pahala apa yang ia niatkannya. Dan
>tidur itu ialah sedekah dari Tuhan kepadanya. (Riwayat Nasa'i dan
>Ibnu Majah)
>
>b) Bacaan apabila terbangun tidur:
>
>Setelah ia bangun dari tidur sunat ia berdoa dengan doa ma'thur
>beikut:
>Tidak ada Tuha yang benar-benar disembah kecuali Engkau, Maha Suci
>Engkau (wahai Allah). Ampunkanlah dosaku dan limpahkan kepada ku
>rahmat Mu. Ya Allah, tambahilah ilmuku jangan Engkau takdirkan hatiku
>sesat setelah Engkau kurniakan dengan hidayah Mu. Kurniakanlah bagiku
>rahmat dari sisi Mu. Sesunguhnya Engkau amat Pemurah dengan kurnia.
>
>Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami
>(seperti) mati dan kepadanyalah (semua) akan kembali (untuk
>perhitungan).
>
>
>Kemudian bacalah:
>
>Ya Allah, bagi Mu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan
>alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Engkau raja
>penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Pemancar cahaya
>langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Engkaulah yang hak dan
>janjiMu adalah benar, dan perjumpaan Mu itu adalah hak, dan Firman Mu
>itu adalah hak, dan Syurga adalah hak dan Neraka adalah hak dan Nabi
>Muhammad SAW adalah benar dan saat hari Qiamat adalah benar. Ya
>Allah, kepada Mu lah kami berserah diri, dan kepada Mu lah kami
>bertawakal ,kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepada Mu lah kami
>rindu, dan kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas
>kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami
>sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang
>terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah
>Rabbul `Alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengaMu ya Allah. "
>
>c) Dua Rakaat Pembukaan
>
>Disunatkan memulakan Qiamullail itu dengan dua rakaat yang ringan.
>Kemudian bersembahyanglah sebagaimana khusyu' dan panjang yang boleh.
>Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW jika sembahyang beliau
>memulakan sembahyang dengan dua rakaat yang ringan.
>
>Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
>
>"Jika sesiapa diantara kamu bangun untuk sembahyang malam maka
>sulungkanlah dengan dua rakaat yang ringan". (Riwayat Muslim).
>
>d) Kadar Kelebihan Sembahyang Juga Mengikut Kadar Bacaan
>
> Abdullah Bin Amru meriwayatkan sabda Rasulullah
>SAW: "Barangsiapa yang (Qiamulaill) sembahyang dengan membaca sepuluh
>ayat maka ia tidak ditulis sebagai orang yang (hidup) lalai.
>Barangsiapa yang membaca seratus ayat ditulis sebagai orang yang
>Mukhbitin. Dan barangsiapa yang berdiri membaca seribu ayat, maka ia
>ditulis sebagai orang yang Muqanthirin (yakni orang yang mendapat
>pahala ber Qinthar-Qinthar (1). (Riwayat Abu Daud dan Ibnu
Khuzaimah).
>
>e) Kaifiat Sembahyang
>
> Kaifiatnya seperti sembahyang biasa juga, Cuma niatnya:
>Sahaja aku sembahyang tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
>
>Selepas membaca fatihah bacalah kadar yang termampu dari ayat al-
>Quran.
>Perbanyakkan doa dan pinta dikala saudara sujud.
>
>f) Bilangan Rakaatnya
>
> Sekurang-kurang qiamulaill satu rakaat, adapun lebihnya
>tidaklah ada berhad. Siapa mahu boleh sembahyang dua rakaat, dan
>siapa mahu boleh lebih dari itu.
>
>g) Kadar Yang Afdhal
>
> Ialah sebelas atau tiga belas dengan witir.
>
> Ummul Mu'minin Aisyah meriwayatkan: "Bahawa Rasulullah SAW
>baik dalam (bulan) Ramadhan mahupun bukan dalam bulan Ramadhan tidak
>pernah sembahyang lebih dari sebelas rakaat. Beliau bersembahyang
>empat rakaat dan usah ditanya tentang khusyuk dan lamanya. Kemudian
>beliau sembahyang empat rakaat lagi (seperti itu juga lama dan
>khusyuknya). Kemudian beliau sembahyang tiga rakaat.
>
>h) Sunat Diakhiri Dengan Sembahyang Witir
>
> Saidina Ali mengatakan sembahyang itu tidak wajib seperti
>sembahyang fardhu tetapi ia adalah sunnah Rasulullah SAW. Beliau
>bersabda:
>
>"Allah itu witir (ganjil) dan sukakan witir maka witirlah kalian
>wahai pengikut Al-Quran." (Riwayat Abu Daud dan Termizi)
>
> Kharijah mengatakan pada suatu hari Rasulullah SAW menemui
>kami dan berkata: Allah telah mengurniakan dengan sembahyang yang
>lebih baik dari kemerahan daging masak (kilauan nikmat) iaitu
>sembahyang witir. Allah menentukan masa sesudah sembahyang Isya'
>sampai terbit fajar. (Riwayat abu Daud, Ibnu Majah dan Termizi).
>
> Ibnu Umar r.a. mendengar Rasulullah bersabda : Barangsiapa
>sembahyang Dhuha, puasa tiga haari dalam sebulan dan tidak
>meninggalkan sembahyang witir baaik dalam perjalanan mahupun ketika
>tidak dalam perjalanan maka dituliskan baginya pahala orang yang
>syahid. (Riwayat Thabrani).
>
> Buraidah r.a. mendengar sabda Rasulullah SAW: Witir itu hak
>(benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita!
>Witir itu hak maka barang siapa yang tidak mengerjakannya ia bukan
>dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa yaang tidak
>mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita! (Riwayat Ahmad dan
>Abu Daud).
>
> Satu perkara yaang harus diingat ialah barangsiapa yang telah
>mengerjakan witir penamat, kemudian ia mahu lagi selepas itu
>bersembahyang maka ia bolehlah sembahyang tetapi tidak mengulangi
>witir. Keraana Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada dua witir pada
>satu malam".
>
>i) Jangan Terlalu Mempersukar Diri
>
> Jika saudara bersembahyang malam janganlah sampai memayahkan
>diri dengan berlebihan. Sembahyang sejkadar yaang saaudara mampu
>kerana Allah tidak jemu sehingga kita sendiri menjadi jemu.
>
> Jika sudah sampai tidak keruan lagi bacaan saudara maka
>tidurlah dahulu. Rasulullah SAW mengingatkan demikian itu mengikut
>sebuah hadis riwayat Muslim:
>
> "Anas berkata: Pada suatu masa Rasulullah masuk masjid dan
>melihat seutas tali teruntai antara dua tiang. "Apa ini? Tanya
>Rasulullah SAW. Sahabat menjawab: Itu kepunyaan Zainab wahai
>Rasulullah. Untuk menolongnya kuat bangun sembahyang bilaa tidak
>bertenaga lagi". Tanggalkan! Perintah Rasulullah SAW. " Sesiapa yang
>sembahyang buatlah setakat mampunya. Kalau ia telah lemah atau letih
>hendaklah ia baring".
>
>j) Berterusan
>
> Jika saudara telah mula mengerjakan sembahyang malam maka
>hendaaklah saudara konstan. Terus melaksanakannya walaaupun sedikit.
>
> Aisyah meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah ditanyaa: amal
>yang manakah lebih disukai oleh Allah? Jawab beliau, "Amal yang
>beterusan walaupun sedikit".
>
>k) Mengajak Isteri Atau Keluarga Mengerjakannya
>
> Sepertimana yang perrnah diterangkan dalam hadis terdahulu
>bahawa sunat mengejutkan isteri atau suami untuk mengerjakannya.
>
> Ummu Salamah meriwayatkan bahawa pada suatu malam Rasulullah
>SAW terjaga. Beliau lantas berkata: "Subhanallah, apalah fitnah yang
>turun pada malam ini, apalah kurnia yang datang, siapalah yang akan
>membangunkan orang rumahnya. Ya Tuhan, kiranya ada orang berpakaian
>didunia ini tetapi bogel pada hari kiamat (kelak)". (Riwayat Bukhari)
>
> Saidina Ali meriwayatkan bahawa pada suatu malam Rasulullah
>menjagakan beliau dengan fatimah. Rasulullah SAW bertaanya: Kamu
>tidak mahu sembahyangkah?. Aku pun menjawab (kata Saidina Ali).
>Nyaawa kami ditangan Allah, kalau ia mahu ia bangunkan kami.
>Rasulullah pun pergi mendengar jawapanku yang demikian itu. Kemudian
>aaku mendengaar beliau menepuk pehanya seraya berkata : Manusia
>memang banyak dalihnya.
>
>2. Qiamulaill Dengan Banyak Membaca Al-Quran
>
> Disamping sembahyang, qiamulaill boleh pula saudara penuhkan
>dengan membaca Al-Quran, mengamati aajarannya dengan khusyuk dan
>tawadhu'. Al-Quran itulaah sumber hidayah, sumber nur menerangi
>kegelapan dan kesimpang siuran hidup ini.
>
> Keutamaan membaca al-Quraan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
>Barangsiapa membaca sepuluh aayat pada satu malam ia tidak
>digolongkan sebagai orang-orang yang lalai. Yang membaca seratus
>aayat dituliskan baginya pahala seolah-olah ia berqunut sepanjang
>malam. Yang membaca dua ratus ayat maka ia digolongkan sebagai
>pejuang. Yang membaca empat ratus ayat digolongkan ia dari
>golongan `Abid. Yang membaca lima ratus ayat digolongkan sebagai
>Hafiz. Yang membaca enam ratus ayat masuk dalam golongan Khasyi'in
>(orang yang khusyuk). Yang membacaa lapan ratus aayat dimaasukkan
>dalam golongan "Mukhabitin". Yaang membaca seribu ayat maka baginya
>pahala satu Qinthar. Sa Qinthar seribu dua ratus Auqiaah. Tiap saatu
>aiqiah itu lebih baik dari isi bumi dan langit. Dan barangsiapa yang
>membaca dua ribu aayat maka wajiblah ia masuk syurga. (Riwaayat
>Thabrani)
Selasa, 6 Oktober 2009
SEMBAHYANG MALAM DAN FADHILATNYA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan