Khamis, 4 September 2008

Fadilat al-Quran


“Faedah pada menyatakan hadis, datang pada menyatakan fadilat al-Quran serta dengan membaiki baca. Iaitu amat banyak…. Beberapa petikan hadis mengenainya dinyatakan, yang di antaranya adalah seperti berikut:

• Sabda Nabi s.a.w, “Barang siapa mengaji al-Quran, maka dibaiki bacaannya dengan dia nescaya adalah baginya tiap-tiap satu huruf, 20 kebajikan. Dan barang siapa tiada membaik daripadanya sesuatu, nescaya adalah baginya dengan tiap-tiap satu huruf 10 kebajikan.”

• Dan setengah daripadanya cerita daripada Ibnu Mas’ud, sabda Nabi s.a.w, “Barang siapa mengaji al-Quran, maka dihafalkan akan dia, dan dibacanya ia dengan tiada menilik surat dan dihalalkannya yang halalnya dan diharamkannya yang haramnya, nescaya dimasukan-Nya ia ke dalam syurga. Dan diterima syafaatnya 10 orang daripada isi rumahnya yang telah patut akan mereka itu neraka.”

• Hadis, “Barang siapa mengaji al-Quran di dalam mushaf, nescaya disuratkan oleh Allah baginya 2,000 kebajikan. Dan barang siapa mengaji Qur'an pada yang lain, pada mushaf maka disuratkan oleh Allah baginya 1,000 kebajikan.”

• Hadis, “Ahli al-Quran itu ahlillah dan tertentulah. Barang siapa memuliakan akan dia, mereka itu dimuliakan akan dia oleh Allah. Dan barang siapa menghinakan dia, mereka itu dihinakan oleh Allah s.w.t.

Tiada ulasan: