Rabu, 24 Mac 2010
Jumaat, 12 Mac 2010
Bagaimana mengambil Ilmu Agama
Alhamdulillah Was Sholatu Was Salamu Ala Rasuli Allah Al-Amin…
Peringatan Penting…
Ilmu-Ilmu Agama yg Dharuri(fardhu ain) tidak boleh diambil atau dipelajari dengan hanya membaca kitab-kitab atau mentala’ah kutub. Hal demikian kerana kemungkinan buku/kitab-kita yang dibaca oleh individu tersebut terdapat penipuan(dassun) atau Ubah suai ikut hawa mereka(iftira’) atau kesalahan percetakan(khata’ fil matba’ah). Selain dari itu, berkemungkinan individu tersebut salah memahami atau faham bertentangan dari apa yang dimaksudkan oleh ulamak salaf dan khalaf yang telah disampaikan dari satu generasi ke generasi yang lain daripada ummah muslimin dan higgalah ke generasi Shahabah. Mengambil Ilmu Fardhu Ain dengan membaca buku/mentala’ah kitab sendiri, boleh menybabkan kerosakan dalam ibadat atau terjatuh dalam menyamakan Allah dengan Makhluq(wal i’yazubillah). Maka cara tersebut adalah bertentangan dengan manhaj/cara/jalan pembelajaran yang diambil oleh para salaf dan khalaf.
Telah Berkata Al-Hafiz Abu Bakr Al-Khatib Al-Baghdadi, antara Ulamak Hadith yg Masyhur “Tidak mengambil ilmu itu kecuali dengan melalui mulut2 para Ulamak.”
Maka tidak dapat tidak,pengambilan ilmu-ilmu fardhu ain ini mestilah diambil dari Ulamak yang arif lagi thiqah dan Ulamak tersebut mengambil dari Ulamak yang arif lagi thiqah dan berikutnya, hinggalah ke Shabat Riwanullahi alaihim ajmain.
Telah berkata sesetengah para Salaf As-sholih”mereka yg mempelajari ilmu hadith dr membaca buku dinamakan Shahafiyya,dan yg mengambil bacaan Al-Quran dr mushaf dinamakan mushafiyya dan tidak dinamakan Qari’an”
Sabda Rasullulah Shallahualaihiwasallam yang mafhumnya” Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya,maka diFaqihkan padanya Ilmu Agama(ilmu deen), dan sesungguhnya ilmu itu mestilah dengan belajar dan Fiqh itu dengan bertafaqquh ” Riwayat Imam Al-Bukhari dalam bab Ilmu.
Telah diriwayatkan dalam Shohih Muslim dari Ibn Sirin(Ulamak Alim Besar dan juga Auliya’ Allah,dianugerahkan Ilmu Ta’bir Ahlam) .”Telah bersabda Rasullullah Shallahualaihiwasallam yang mafhumnya, Sesungguhnya Ilmu ini Agama, Maka hendaklah kamu melihat daripada siapa kamu mengambil Agamamu” Pada Muqaddimah Shohih Muslim pada Bab Menyatakan Sanad-sanad dari Agama dan Sesungguhnya Riwayat-riwayat mestilah dari Orang-Orang yang Thiqat.
Telah Berkata Imam As-Syafie As-Shugra ” Sesiapa yang tidak tahu tentang sesuatu hendaklah bertanya,dan sesiapa yang tidak mendapati seorang guru maka hendaklah dia bermusafir”
Berikut menjelaskan kepentingan mengambil Ilmu agama dengan berguru dan bertalaqqi. Telah dikhabarkan dua kisah mereka yang mempelajari ilmu agama tanpa guru Arif lagi thiqah.
1) Telah tawaf seorang lelaki dengan membawa pisau dan tikus,kerana salah paham dalam membaca kitab. Sepatutnya Sakinah(dengan tenang) tetapi dia baca Sikkinun(pisau) dan sepatutnya dengan dengan muhadharah Al-Qalb* tetapi bil fa’r(dengan tikus.)
2) Ketika orang bersin jika dia kata Alhamdulillah, maka hendaklah kamu memujinya,tetapi disebabkan silap cetakan, yg sepatutnya “fasyammithu” bertukar ke “fasyattimhu” iaitu kutuklah dia.
Tanbih:
Telah bersabda Rasullulah Shallahualaihiwasallam yang mafhumnya “Barangsiapa yang berfatwa atau memberi fatwa tanpa ilmu, maka keatasnya Laknat Allah dan seluruh Ummah Muslimin”
#Peringatan penting bagi kita, jika difatwakan seorang Ulamak yang tidak berguru atau hanya membacanya, Ulamak tersebut dikira tidak berilmu,maka jika dia berfatwa walaupun benar atau bertepatan, ke atas ulamak tersebut zanb(dosa).
#Peringatan penting. Jika Ilmu-ilmu Fardhu Kifayah perlu berguru MAKA Terlebih/Tersangatlah AULA lagi bagi Ilmu-Ilmu Agama Ad-Dharuri (Ilmu Fardhu Ain).
#Peringatan penting. Adakah sanggup kamu mendapatkan rawatan dari seseorang yang mendakwa dia baru sahaja habis membaca buku tentang pembedahan jantung. Dia kata, dia sudah mahir dan Alim dalam ilmu bedah jantung.Walaupun dia hanya membaca buku-buku bedah sahaja. Jawapannya sudah tentu tidak.
Adakah Kamu akan meminta seseorang itu membina sebuah bangunan yang tinggi atau sebuah rumah dengan hanya orang tersebut hanya membaca buku kejuruteraan pembinaan…Sudah tentu tidak…
Maka Ilmu Agama adalah terlebih penting dalam kehidupan Individu yang beriman. Oleh demikian tidak boleh dengan hanya membaca kitab-kitab kemudian mendakwa dia Alim atau orang awam mendakwa dia alim. Ilmu Agama yang menentukan keshohihan Aqidah,Keshohihan Ibadah dan segala permasalahan furu’ dan juga Ilmu Agama menentukan keselamatan Akhirat Abadi. Adakah Ilmu ini boleh diremehtemehkan,bagi sesetengah pihak sudah cukup hanya membaca dan memahaminya sendiri nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah. Seperti golongan SALAFI WAHABI.
Awas Anda dari tersesat selamanya dan jauh dari hidayah Allah..
Segala yg baik itu dari Allah dan yang buruk itu kelemahan hamba ini yg dhaif lagi haqir.
Washallahulaihiwasallam walhamdulillahi rabbil a’lamin.Amin.
Wallahu a’la wa a’lam.
*tersebut di atas adalah Syarahan dari Syiekh Usman dari Beirut pada 16-12-2006
Kisah Para Nabi & Rasul
Nabi dan Rasul adalah manusia-manusia pilihan yang bertugas memberi petunjuk kepada manusia tentang keesaan Allah SWT dan membina mereka agar melaksanakan ajaran-Nya. Ciri-ciri mereka dikemukakan dalam Al-Qur'an,
"... ialah orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah. Mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan."
(Q.S. Al Ahzab : 39).
Perbedaan antara Nabi dan Rasul adalah : seorang Nabi menerima wahyu dari Allah SWT untuk dirinya sendiri, sedangkan Rasul menerima wahyu dari Allah SWT guna disampaikan kepada segenap umatnya. Para Nabi dan Rasul mempunyai 4 sifat wajib dan 4 sifat mustahil, serta satu sifat jaiz, yaitu :
Shiddiq (benar), Mustahil ia Kizib (dusta).
Amanah (dapat dipercaya), mustahil Khianat (curang).
Tabliqh (Menyampaikan wahyu kepada umatnya), Mustahil Kitman (menyembunyikan Wahyu).
Fathonah (Pandai/cerdas), Mustahil Jahlun (Bodoh).
Bersifat jaiz iaitu Aradhul Basyariyah (sifat-sifat sebagaimana manusia).
Di dunia ini telah ramai Nabi dan Rasul telah diturunkan, tetapi yang wajib diketahui oleh umat Islam adalah seramai 25 Nabi dan Rasul, iaitu :-
Nabi Adam as
Nabi Idris as
Nabi Nuh as
Nabi Huud as
Nabi Shaleh as
Nabi Ibrahim as
Nabi Luth as
Nabi Ismail as
Nabi Ishaq as
Nabi Ya'qub as
Nabi Yusuf as
Nabi Ayyub as
Nabi Syu'aib as
Nabi Musa as
Nabi Harun as
Nabi Dzulkifli as
Nabi Daud as
Nabi Sulaiman as
Nabi Ilyas as
Nabi Ilyasa as
Nabi Yunus as
Nabi Zakaria as
Nabi Yahya as
Nabi Isa as
Nabi Muhammad saw
PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATI
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
• Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap mendapat pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
• Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
• Sesiapa yang menulis mushaf dan ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
• Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
• Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
• Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
• Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
• Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
• Ilmu yang berguna dan diamalkan.
• Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Allah swt berfirman di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi Muhammad saw oleh kerana itu wahai orang-orang yang beriman ucapkanlah selawat (meminta rahmat) untuk Nabi saw dan ucapkanlah salam dengan penuh kehormatan terhadapnya".
Adapun antara ganjaran ataupun hikmah berselawat ini amat banyak sekali, berikut dicatatkan beberapa hikmah-hikmah berselawat ke atas Rasulullah s.a.w iaitu:
1. Satu kali berselawat Allah swt akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
2. Satu kali berselawat Allah swt akan mengangkatnya baginya (orang yang berselawat) dengan 10 kali darjat.
3. Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah saw.
4. Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah swt, akan tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan juga bumi.
5. Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti (kepada mereka yang selalu berselawat kepada Nabi Muhammad saw).
6. Akan mendapat Syafa'at daripada Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti.
7. Allah swt akan menggandakan limpah kurnia dan juga rahmat-Nya kepada mereka yang berselawat untuk Nabi Muhammad saw.
8. Selawat dapat membersihkan hati, jiwa dan roh yang kotor yang berselaput di dalam dada.
9. Selawat dapat membuktikan kecintaan dan juga rasa kasih sayang kita terhadap Rasulullah saw.
10. Selawat dapat mewariskan kecintaan Rasulullah saw terhadap umatnya.
11. Selawat dapat dijadikan sebagai penyelamat dan juga dapat memelihara daripada segala apa juga yang dapat mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
12. Dengan membawa selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
13. Orang yang selalu berselawat akan mendapat nur (cahaya) yang bersinar di dalam hati dan ianya akan berlaku bilamana kita berselawat 100 kali dengan cara selawat yang bersungguh-sungguh dan juga ikhlas.
14. Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bilamana kita berselawat sebanyak 10 kali.
15. Allah swt akan meluaskan dan juga melapangkan rezekinya dan juga sumber-sumber rezeki yang lainnya yang tiada kita ketahui.
16. Allah swt akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di Hari Kiamat nanti.
17. Mendapat keberkatan dari Allah swt bagi dirinya dan juga untuk kaum kerabat dan juga keluargannya.
18. Keistimewaan berselawat dapat mendatangkan rasa kasih sayang dari hati-hati orang-orang mukmin lainnya terhadapnya.
19. Selawat akan dapat mendekatkan dirinya dengan 'Telaga Haudh' iaitu telaga Rasulullah saw serta akan dapat pula meminumnya di Hari Kiamat kelak.
20. Selawat dapat melepaskan diri seseoang itu daripada tergelincir semasa melalui titian sirat dan ia dengan selamat akan dapat menuju ke syurga.
Demikianlah dicatatkan beberapa hikmah berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw dan juga antara ganjaran-ganjarannya.
Adalah amat digalakkan bagi kita semua umat Islam untuk sentiasa berselawat kepada Nabi saw kerana amat banyak sekali manfaat dan juga ganjaran yang akan dilipat gandakan.
Ibadat Korban
Ibadat korban merupakan satu ibadat yang sangat digalakan dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewaangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah.
Firman Allah s.w.t ”Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (Muhammad) kebaikan yang banyak. Maka *sembahayanglah engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (korbanmu)” (Al-Kautsar: 1-2)
* sembahayang yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah sembahayang sunat hari raya korban.
Hukum Korban
Hukumnya Sunat Muakkad. Adapun bagi mereka yang bernazar hukumnya adalah wajib. Bagi mereka yang berkemampuan adalah makruh meninggalkan amalan ini.
Wajib hukumnya kepada Rasullah s.a.w berdasarkan hadis: ”Diwajibkan keatasku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan amalan sunat bagi kamu”. (Riwayat Imam Tirmizi).
Maksud Korban
Menyembelih binatang ternakan yang terdiri dari unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai *umur pada Hari Raya Korban (Aidil Adha) 10 Zulhijjah selepas sembahayang sehinggalah gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.
* umur binatang yang boleh dikorbankan
Unta 5 tahun ke atas – 7 bahagian
Lembu, kerbau 2 tahun ke atas – 7 bahagian
Kambing 2 tahun ke atas – 1 bahagian
Bebiri, kibas 1.5 tahun ke atas – 1 bahagian
Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.
Sunat-Sunat Ketika Menyembelih Binatang Korban
1. Membaca basmilah
2. Selawat ke atas Nabi
3. Menghadap Kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah korban.
Nota :
Daging korban yang di niat nazar oleh orang yg bernazar, hendaklah disedekahkan semuanya.
1/3 daripada daging korban sunat boleh dimakan oleh mereka yang berkorban dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin, boleh juga disedekahkan kepada orang kaya mengikut mahzab syafie Mereka yang melakukan ibadat korban disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang korban tersebut seperti mana sabda Rasullah s.a.w
“Wahai Fatimah!, berdirilaha di sisi korbanmu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosa yang telah lalu”. (Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).
Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat korban.
Imam Khatib didalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan korban untuk menyembelih sendiri binatang korban tesebut, sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka menyaksikan penyembelihan itu.
Perbezan Antara Aqiqah Dan Korban
Terdapat beberapa perbezaan antara aqiqah dengan korban :
1. Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahayang dan khutbah Hari Raya ’Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
2. Daging aqiqah boleh di beri milik kepada orang kaya menakala daging korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
3. Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, menakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s.
4. Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging aqiqah sunat disedekahkan setelah di masak.
5. Daging aqiqah sunat dimasak dengan manis-manis, dengan doa harapan agar agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak menjadi manis dipandang orang.
6. Tulang-tulang haiwan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya menakala tulang-tulang haiwan korban tidak sedemikian.
7. Tuntutan melakukan aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat, menakala tuntutan melakukan korban ialah setiap tahun Hijrah.
Maulidur Rasul
Aktiviti berfaedah untuk remaja sempena ulang tahun kelahiran Rasulullah
Sambutan Maulidur Rasul sudah disambut umat Islam sejak tahun 300 Hijrah lagi di beberapa daerah di
Hari ini, sambutan Maulidur Rasul terus mendapat tempat di hati masyarakat Islam dengan menganjurkan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti perarakan, ceramah, dialog agama, pertandingan selawat dan berzanji oleh agensi kerajaan mahupun swasta bertahun-tahun lamanya.
Hukum menyambut Maulidurrasul adalah harus. Banyak kitab menjadi rujukan umat Islam sejak dulu menganggap perayaan Maulidur Rasul tidak akan membawa masyarakat kepada kesesatan atau bidaah seperti mana tuduhan sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan sambutan itu. Antara kitab tersohor ialah Kitab Maidat al-Fikri karangan Imam Mutawalli yang jelas memperakukan bahawa kegembiraan umat Islam mengingati ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW menunjukkan manifestasi tanda cinta dan kasih kepada manusia agung itu melalui selawat, zikir, marhaban dan ucapan pujian buat kekasih Allah yang tiada tolak bandingnya. Ini sesuai dengan hadis riwayat Alkatib daripada Umar yang menyebut:
"Janganlah kamu mengagung-agungkan diriku sebagaimana orang Nasara mengagungkan Isa. Aku ini hamba Allah. Oleh itu, selalulah menyebut namaku sebagai hamba Allah dan Rasul-Nya."
Senario yang berlaku dewasa ini, ketika Islam dan umatnya diserang secara mental dan fizikal daripada segenap penjuru, penghayatan terhadap kecintaan kepada Rasulullah SAW serta ajaran dibawanya diharap dapat memulihkan kembali wajah sebenar Islam yang syumul dan saling melengkapi. Justeru, sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun bukan sekadar satu upacara santai atau berseronok-seronok tetapi mempunyai agenda besar demi meletakkan Islam sebagai panduan hidup.
Tiada gunanya kita mengambil bahagian dalam setiap program diadakan jika sekadar untuk mengambil hati majikan atau menonjolkan populariti diri semata-mata.
Melihat konsep sebenar sambutan Maulidur Rasul yang jelas menggambarkan perasaan harmoni, tenang dan rasa syukur kepada Pencipta melalui kalimah zikrullah, selawat dan Thayibbah yang diucapkan, akan lahirkan perasaan rendah diri serta tawaduk sebagai insan kerdil di atas muka bumi ini yang tidak kekal abadi.
Melalui program perarakan yang diatur penuh hikmat dan tertib merentas lorong serta jalan menunjukkan bahawa umat Islam tetap bersatu dalam perpaduan ummah menuju matlamat satu iaitu garis takwa yang menjadi ukuran sebenar menilai kecemerlangan peribadi. Sekurang-kurangnya ia menjadi cermin yang jelas kepada bukan Islam bahawa umat Islam walau berbeza warna kulit, bangsa dan keturunan serta fahaman politik tetap berganding bahu bersatu merealisasikan cinta serta kasih buat junjungan Rasulullah SAW. Bagaimanapun, saban tahun perayaan Maulidur Rasul yang disambut dengan penuh meriah melalui pelbagai program, gagal menarik minat golongan muda untuk turut serta menzahirkan rasa cinta kepada pemimpin besar Rasulullah SAW.
Golongan yang bakal menentukan masa depan negara pada hari esok, seolah-olah dibiarkan terpinggir tanpa dibabitkan sama dengan aktiviti bermanfaat untuk mereka. Sudah tiba masanya, guru dan institusi pendidikan meletakkan sambutan Maulidur Rasul sebagai takwim utama dalam kalendar perayaan yang wajar disambut. Di rumah, ibu bapa sebagai mentor kepada anak wajar mendidik mereka supaya mengenal sahsiah dan peribadi Baginda SAW yang boleh dijadikan contoh ikutan dalam kehidupan seharian.
Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik...."
Senario yang berlaku pada hari ini, di mana anak-anak remaja Islam dilanda krisis identiti yang teruk dengan pelbagai kebejatan sosial yang mula mewarnai hidup mereka, sudah sewajarnya sambutan Maulidur Rasul segenap tahun perlu direformasikan selaras dengan minat dan kecenderungan mereka. Sehubungan itu kita tidak boleh terlalu streotaip dengan mengadakan aktiviti atau program yang sama setiap tahun bagi mengelakkan rasa jemu dan bosan. Apa salahnya, sempena sambutan Maulidur Rasul di sesetengah tempat, diadakan program yang lebih menghiburkan seperti sukaneka, pertandingan busana muslimah, peraduan mencari harta karun, deklamasi sajak atau pentomen serta aktiviti bercorak kebudayaan di mana nilai pembangunan jiwa diterapkan sama.
Ketika masyarakat berdepan dengan gejala lumba haram oleh anak-anak remaja yang ditonjolkan sebagai mat rempit di jalan raya, mengapa tidak sempena ulang tahun memperingati kelahiran Rasulullah ini, diadakan konvoi bermotosikal membabitkan anak muda dengan iringan selawat dan marhaban serta program kebajikan lain sebagai usaha menyemai benih kasih remaja kepada baginda Rasulullah SAW.
Ringkasnya, sempena kedatangan bulan Rabiul Awal yang mulia ini, kita dituntut untuk membanyakkan amalan ibadat sebagai bekalan untuk hari akhirat. Pada masa sama, segala urusan keduniaan perlu diberi perhatian demi kelangsungan umat sejagat agar mengembalikan semula maruah umat yang sedikit tercalar angkara beberapa insiden yang berlaku disebabkan oleh salah faham golongan tertentu memahami ajaran Islam dalam konteks sempit dan jumud.
Segala kekeliruan dan perbezaan pendapat hendaklah dipadamkan dalam usaha mengembalikan kekuatan serta perpaduan ummah sebagai umat terbaik yang mampu membina kesejahteraan alam sejagat ini dan seluruh penghuni di dalamnya.
Kesimpulan terbaik sempena Maulidur Rasul tahun ini ialah bukan sekadar jasad daripada lidah yang bergema kuat bermarhaban dan berselawat memuji Rasulullah SAW tetapi jiwa dan rohani ikut sama membuat perubahan peribadi menjadi Muslim yang serba serbi cemerlang.
Ibadat Korban
Ibadat korban merupakan satu ibadat yang sangat digalakan dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewaangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah.
Firman Allah s.w.t ”Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (Muhammad) kebaikan yang banyak. Maka *sembahayanglah engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (korbanmu)” (Al-Kautsar: 1-2)
* sembahayang yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah sembahayang sunat hari raya korban.
Hukum Korban
Hukumnya Sunat Muakkad. Adapun bagi mereka yang bernazar hukumnya adalah wajib. Bagi mereka yang berkemampuan adalah makruh meninggalkan amalan ini.
Wajib hukumnya kepada Rasullah s.a.w berdasarkan hadis: ”Diwajibkan keatasku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan amalan sunat bagi kamu”. (Riwayat Imam Tirmizi).
Maksud Korban
Menyembelih binatang ternakan yang terdiri dari unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai *umur pada Hari Raya Korban (Aidil Adha) 10 Zulhijjah selepas sembahayang sehinggalah gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.
* umur binatang yang boleh dikorbankan
Unta 5 tahun ke atas – 7 bahagian
Lembu, kerbau 2 tahun ke atas – 7 bahagian
Kambing 2 tahun ke atas – 1 bahagian
Bebiri, kibas 1.5 tahun ke atas – 1 bahagian
Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.
Sunat-Sunat Ketika Menyembelih Binatang Korban
1. Membaca basmilah
2. Selawat ke atas Nabi
3. Menghadap Kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah korban.
Nota :
§ Daging korban yang di niat nazar oleh orang yg bernazar, hendaklah disedekahkan semuanya.
1/3 daripada daging korban sunat boleh dimakan oleh mereka§ yang berkorban dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin, boleh juga disedekahkan kepada orang kaya mengikut mahzab syafie Mereka yang melakukan ibadat korban disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang korban tersebut seperti mana sabda Rasullah s.a.w
“Wahai Fatimah!, berdirilaha di sisi korbanmu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosa yang telah lalu”. (Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).
Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam§ syarat-syarat ibadat korban.
Imam Khatib didalam kitabnya Mughni§ Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan korban untuk menyembelih sendiri binatang korban tesebut, sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka menyaksikan penyembelihan itu.
Perbezan Antara Aqiqah Dan Korban
Terdapat beberapa perbezaan antara aqiqah dengan korban :
1. Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahayang dan khutbah Hari Raya ’Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
2. Daging aqiqah boleh di beri milik kepada orang kaya menakala daging korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
3. Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, menakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s.
4. Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging aqiqah sunat disedekahkan setelah di masak.
5. Daging aqiqah sunat dimasak dengan manis-manis, dengan doa harapan agar agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak menjadi manis dipandang orang.
6. Tulang-tulang haiwan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya menakala tulang-tulang haiwan korban tidak sedemikian.
7. Tuntutan melakukan aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat, menakala tuntutan melakukan korban ialah setiap tahun Hijrah.