Jumaat, 12 Mac 2010
PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATI
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
• Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap mendapat pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
• Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
• Sesiapa yang menulis mushaf dan ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
• Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
• Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
• Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
• Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
• Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
• Ilmu yang berguna dan diamalkan.
• Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan