Jumaat, 12 Mac 2010
Bagaimana mengambil Ilmu Agama
Alhamdulillah Was Sholatu Was Salamu Ala Rasuli Allah Al-Amin…
Peringatan Penting…
Ilmu-Ilmu Agama yg Dharuri(fardhu ain) tidak boleh diambil atau dipelajari dengan hanya membaca kitab-kitab atau mentala’ah kutub. Hal demikian kerana kemungkinan buku/kitab-kita yang dibaca oleh individu tersebut terdapat penipuan(dassun) atau Ubah suai ikut hawa mereka(iftira’) atau kesalahan percetakan(khata’ fil matba’ah). Selain dari itu, berkemungkinan individu tersebut salah memahami atau faham bertentangan dari apa yang dimaksudkan oleh ulamak salaf dan khalaf yang telah disampaikan dari satu generasi ke generasi yang lain daripada ummah muslimin dan higgalah ke generasi Shahabah. Mengambil Ilmu Fardhu Ain dengan membaca buku/mentala’ah kitab sendiri, boleh menybabkan kerosakan dalam ibadat atau terjatuh dalam menyamakan Allah dengan Makhluq(wal i’yazubillah). Maka cara tersebut adalah bertentangan dengan manhaj/cara/jalan pembelajaran yang diambil oleh para salaf dan khalaf.
Telah Berkata Al-Hafiz Abu Bakr Al-Khatib Al-Baghdadi, antara Ulamak Hadith yg Masyhur “Tidak mengambil ilmu itu kecuali dengan melalui mulut2 para Ulamak.”
Maka tidak dapat tidak,pengambilan ilmu-ilmu fardhu ain ini mestilah diambil dari Ulamak yang arif lagi thiqah dan Ulamak tersebut mengambil dari Ulamak yang arif lagi thiqah dan berikutnya, hinggalah ke Shabat Riwanullahi alaihim ajmain.
Telah berkata sesetengah para Salaf As-sholih”mereka yg mempelajari ilmu hadith dr membaca buku dinamakan Shahafiyya,dan yg mengambil bacaan Al-Quran dr mushaf dinamakan mushafiyya dan tidak dinamakan Qari’an”
Sabda Rasullulah Shallahualaihiwasallam yang mafhumnya” Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya,maka diFaqihkan padanya Ilmu Agama(ilmu deen), dan sesungguhnya ilmu itu mestilah dengan belajar dan Fiqh itu dengan bertafaqquh ” Riwayat Imam Al-Bukhari dalam bab Ilmu.
Telah diriwayatkan dalam Shohih Muslim dari Ibn Sirin(Ulamak Alim Besar dan juga Auliya’ Allah,dianugerahkan Ilmu Ta’bir Ahlam) .”Telah bersabda Rasullullah Shallahualaihiwasallam yang mafhumnya, Sesungguhnya Ilmu ini Agama, Maka hendaklah kamu melihat daripada siapa kamu mengambil Agamamu” Pada Muqaddimah Shohih Muslim pada Bab Menyatakan Sanad-sanad dari Agama dan Sesungguhnya Riwayat-riwayat mestilah dari Orang-Orang yang Thiqat.
Telah Berkata Imam As-Syafie As-Shugra ” Sesiapa yang tidak tahu tentang sesuatu hendaklah bertanya,dan sesiapa yang tidak mendapati seorang guru maka hendaklah dia bermusafir”
Berikut menjelaskan kepentingan mengambil Ilmu agama dengan berguru dan bertalaqqi. Telah dikhabarkan dua kisah mereka yang mempelajari ilmu agama tanpa guru Arif lagi thiqah.
1) Telah tawaf seorang lelaki dengan membawa pisau dan tikus,kerana salah paham dalam membaca kitab. Sepatutnya Sakinah(dengan tenang) tetapi dia baca Sikkinun(pisau) dan sepatutnya dengan dengan muhadharah Al-Qalb* tetapi bil fa’r(dengan tikus.)
2) Ketika orang bersin jika dia kata Alhamdulillah, maka hendaklah kamu memujinya,tetapi disebabkan silap cetakan, yg sepatutnya “fasyammithu” bertukar ke “fasyattimhu” iaitu kutuklah dia.
Tanbih:
Telah bersabda Rasullulah Shallahualaihiwasallam yang mafhumnya “Barangsiapa yang berfatwa atau memberi fatwa tanpa ilmu, maka keatasnya Laknat Allah dan seluruh Ummah Muslimin”
#Peringatan penting bagi kita, jika difatwakan seorang Ulamak yang tidak berguru atau hanya membacanya, Ulamak tersebut dikira tidak berilmu,maka jika dia berfatwa walaupun benar atau bertepatan, ke atas ulamak tersebut zanb(dosa).
#Peringatan penting. Jika Ilmu-ilmu Fardhu Kifayah perlu berguru MAKA Terlebih/Tersangatlah AULA lagi bagi Ilmu-Ilmu Agama Ad-Dharuri (Ilmu Fardhu Ain).
#Peringatan penting. Adakah sanggup kamu mendapatkan rawatan dari seseorang yang mendakwa dia baru sahaja habis membaca buku tentang pembedahan jantung. Dia kata, dia sudah mahir dan Alim dalam ilmu bedah jantung.Walaupun dia hanya membaca buku-buku bedah sahaja. Jawapannya sudah tentu tidak.
Adakah Kamu akan meminta seseorang itu membina sebuah bangunan yang tinggi atau sebuah rumah dengan hanya orang tersebut hanya membaca buku kejuruteraan pembinaan…Sudah tentu tidak…
Maka Ilmu Agama adalah terlebih penting dalam kehidupan Individu yang beriman. Oleh demikian tidak boleh dengan hanya membaca kitab-kitab kemudian mendakwa dia Alim atau orang awam mendakwa dia alim. Ilmu Agama yang menentukan keshohihan Aqidah,Keshohihan Ibadah dan segala permasalahan furu’ dan juga Ilmu Agama menentukan keselamatan Akhirat Abadi. Adakah Ilmu ini boleh diremehtemehkan,bagi sesetengah pihak sudah cukup hanya membaca dan memahaminya sendiri nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah. Seperti golongan SALAFI WAHABI.
Awas Anda dari tersesat selamanya dan jauh dari hidayah Allah..
Segala yg baik itu dari Allah dan yang buruk itu kelemahan hamba ini yg dhaif lagi haqir.
Washallahulaihiwasallam walhamdulillahi rabbil a’lamin.Amin.
Wallahu a’la wa a’lam.
*tersebut di atas adalah Syarahan dari Syiekh Usman dari Beirut pada 16-12-2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan